"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelakon popular itu rupanya ada skandal VIP

SITI ATHIRAH DZULKIFLY

Tak sangka juga, rupa-rupanya heboh kononnya pelakon wanita ini hangat bercinta dengan seorang lagi pelakon popular itu, selama ini hanya sandiwara dunia seni sahaja.

Pendek kata, baik orang industri mahupun netizen sudah tertipu bulat-bulat oleh ‘pasangan’ aktor dan aktres ini. Ha! Tepuk tangan.

Bila dirungkai, rupa-rupanya pelakon jelita ini selama ini ada skandal dengan seorang VIP. Bukan calang-calang juga dengarnya lelaki tersebut.

Patutlah nampak hidupnya senang. Tak perlu cakaplah pasal barangan mewah yang disarung atau digayakan, ulang alik ke luar negara pun kerap juga.

Mulanya ingatkan memang berjaya kerana berdiri di atas kaki sendiri. Tup tup, ada ‘payung besar’ di belakangnya.

Tentulah, Cik Bunga tak boleh tulis siapa namanya. Memang bahaya. Kita ini pun kiranya masih menjaga nama baik dia. Bukan apa, kalau pecah tembelang, dia sendiri yang akan malu besar.

Cik Bunga harap, dia lekas-lekas sedar apa yang dia lakukan. Fikir masak-masak. Perjalanannya sebagai seorang pelakon muda masih panjang.

Sayang kalau profil kerjayanya dicemari dengan kisah kontroversi panas. Dia bukannya tak berbakat, bimbang hanyut dengan perkara-perkara lara. Maklum saja­­­­­­­­­l­ah,dunia seni ini ada sisi hitam­nya.

Tiada ulasan: