"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Apa pencapaian Annuar Musa dalam Pas? - Puad Zarkashi

AKMAL MANAF 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi hari ini menyoal bekas rakan partinya yang kini dalam Pas, Tan Sri Annuar Musa tentang pencapaiannya dalam Pas.

“Annuar ajak ahli Umno masuk Pas jika mahu meneruskan perjuangan. Perjuangan apa? Apa pencapaian Annuar apabila sudah masuk Pas?

“Hari -hari Annuar meratib ‘No Anwar No DAP’. Itu sudah tidak relevan. Mana boleh ikut perangai Sanusi. Lucah dan bohong,” tempelak Puad menerusi satu hantaran di Facebook.

Puad yang juga adalah Yang Dipertua DUN Johor merujuk kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor.

Sanusi yang juga pengarah pilihanraya Pas terkenal dengan penggunaan bahasa kurang tidak sopan.

Menurut Puad lagi, Pas sepatutnya bergerak ke hadapan, meninggalkan Perikatan Nasional (PN) dan menyertai Kerajaan Perpaduan untuk berkongsi kuasa serta menjadi pengimbang dalam kerajaan.

“Jangan buang masa cari jalan untuk tebuk atap, menghukum orang lain. Keluar berbagai fatwa pecah-belahkan orang Melayu.

“Lebih baik duduk dalam kerajaan menstabilkan politik, membangunkan negara, menjayakan agenda Melayu-Islam dan kesaksamaan rakyat,” katanya lagi.

Ini kerana Pas, terutamanya presiden parti Tan Sri Hadi Awang gemar memberi persepsi bahawa Kerajaan Perpaduan akan jatuh.

Tiada ulasan: