"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ugut pengilang beras, ahli MCA bidas exco Melaka

Robin Augustin
Bekas naib presiden MCA Ti Lian Ker berkata ugutan tidak boleh mengatasi masalah bekalan beras.
PETALING JAYA: Seorang bekas naib presiden MCA membidas exco Melaka yang mengugut untuk menarik balik lesen pengilang beras enggan menjual beras tempatan dengan paket dan harga ditetapkan kerajaan.

“Itu membuli dan ugutan,” kata Ti Lian Ker mengulas video tular yang menunjukkan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka Dr Akmal Saleh melawat ke kilang beras.

Akmal yang juga ketua Pemuda Umno dilihat memeriksa bekalan beras dan dokumen di kilang terbabit.

Beliau dipetik berkata, margin keuntungan yang kecil tidak boleh dijadikan alasan oleh pengilang untuk tidak mengeluarkan beras tempatan.

“Kalau you (awak) tak mahu buat you cakap, saya tarik you punya lesen. Kalau you cakap you rugi ini kerajaan punya arahan tahu RM26 (sepaket).

“Kalau you rugi, you cakap dengan saya (saya) sekarang, saya tarik you punya lesen kasi (beri) orang lain hantar (beras),” katanya dalam video itu.

Ti berkata situasi ekonomi mencabar menjejaskan pelbagai pihak termasuk ahli perniagaan yang berdepan peningkatan kos.

“Sebagai anggota eksekutif, Akmal harus cuba memahami cabaran dihadapi perniagaan dan dasar bermasalah yang menjejaskan keselamatan makanan secara amnya,” katanya.

Beliau berkata ini termasuk monopoli dan harga siling tidak realistik.

Terdahulu, Pengarah Urusan Mydin Ameer Ali Mydin menggesa kerajaan agar menaikkan harga siling beras putih tempatan kepada RM34 bagi setiap 10kg bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan.

Beliau berkata pengilang tempatan kurang berminat mengeluarkan beras itu memandangkan harga siling semasanya rendah, iaitu RM26 bagi setiap 10kg.

Tiada ulasan: