"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Semua setpol menteri akan hantar surat gesa Radzi digantung

Ho Kit Yen

KUALA LUMPUR: Setiausaha politik semua menteri akan menghantar surat kepada menteri yang menyelia urusan Parlimen, menggesa Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin digantung daripada Dewan Rakyat atas “kelakuan biadab”.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Md Akin, berkata surat itu akan dihantar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said selewat-lewatnya pada 6 Okt.

Langkah menggesa penggantungan Radzi dimulakan selepas bekas menteri pendidikan itu membidas Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa penggulungan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat minggu lalu.

Radzi kemudian diarah keluar Dewan Rakyat, diikuti Ahli Parlimen Perikatan Nasional lain yang turut meninggalkan sidang sebagai tanda protes.

Dewan Rakyat akan bersidang semula pada 9 Okt.

“Kritik, beza pendapat boleh tapi jangan hina, aib, malu, malah cerca tak boleh jadi amalan,” kata Shamsul selepas menghadiri acara di Surau Malabar Hidayatul Islam.

Minggu lalu, Majlis Setiausaha Politik Kerajaan diketuai Shamsul turut menggesa Radzi digantung daripada Dewan.

Pada sidang 19 Sept lalu, Radzi berulang kali menuntut Anwar menarik balik kenyataannya terhadap beliau dan PN.

Sebelum itu, Anwar ketika menjelaskan keputusan melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dalam kes rasuah Yayasan Akalbudi berkata bahawa Radzi boleh ketawa “kerana kamu buat perkara itu, masa pentadbiran (PN) kamu buat perkara itu”.

Tiada ulasan: