"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Liverpool dikalahkan oleh pengadil

Pemain Liverpool, Luis Diaz menjaringkan gol yang kemudian dibatalkan kerana ofsaid ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham Hotspur, London. - Foto REUTERS
Pemain Liverpool, Luis Diaz menjaringkan gol yang kemudian dibatalkan kerana ofsaid ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham Hotspur, London. - Foto REUTERS
LONDON: Peminat mahu perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Tottenham Hotspur dan Liverpool diadakan semula selepas kesilapan pengadil VAR, Darren England.

England mengesahkan yang Luis Diaz berada dalam kedudukan onsaid tetapi dia terlupa apa keputusan pengadil di atas padang sebelum merujuk kepada VAR.

Dia kemudian memberi isyarat untuk mengesahkan jaringan Diaz, tetapi hakikatnya permainan diteruskan dengan keputusan kekal 0-0.

Rata-rata peminat menganggap permohonan maaf oleh badan pengadil (PGMOL) tidak mencukupi dan menuntut perlawanan diadakan semula.

"Perlawanan perlu diadakan semula. VAR sepatutnya memastikan tidak ada kesilapan dalam perlawanan tetapi mereka gagal memberikan keputusan tepat," kata salah seorang peminat.

"Saya curiga dengan keputusan-keputusan pengadil dalam perlawanan Tottenham-Liverpool. Saya rasa perlu diadakan semula, terlalu banyak kesilapan," kata seorang lagi.
Ulang tayang VAR menunjukkan pemain Liverpool, Luis Diaz berada dalam kedudukan onsaid sebelum menjaringkan gol ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham Hotspur, London. - Foto AGENSI

Pemain Liverpool, Curtis Jones juga dibuang padang secara kontroversi, dengan bekas pemain, Gary Neville dan Jamie Redknapp mendakwa pemain itu malang kerana dilayangkan kad merah selepas terpijak bola dan tergelincir.

"PGMOL menyedari kesilapan manusia di babak pertama aksi Tottenham Hotspur- Liverpool.

"Jaringan Luis Diaz dibatalkan kerana ofsaid oleh pengadil di atas padang. Ia adalah satu kesilapan jelas dan sepatutnya keputusan itu diubah oleh VAR, tetapi gagal dilakukan.

"PGMOL akan membuat penilaian penuh terhadap perkara ini yang menjurus kepada kesilapan berkenaan.

"PGMOL juga akan menghubungi Liverpool untuk memaklumkan tentang kesilapan ini," kata badan induk pengadil, PGMOL. - AGENSI

Tiada ulasan: