"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

RUPA-RUPANYA SPM 2008 TIADA PELAJAR TERBAIK MALAYSIA – TANDA PPSMI PERLU DIMANSUHKAN

Putus asa setelah gagal google nama pelajar terbaik SPM 2008 Malaysia. Yang ada cuma petikan berikut dari berita harian online;

.... Nik Nur Madihah, 18, turut mencipta rekod sebagai pelajar terbaik Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini, apabila ...

yang boleh dicapai di sini: 
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20090312225753/Article/index_html

Utusan Malaysia online juga gagal ditemui walau sepatah ayat yang menyebut Nik Nur Madihah sebagai pelajar terbaik SPM Malaysia 2008. Yang ada ialah dilapor begini

........Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara yang paling cemerlang di seluruh negara dengan mendapat 19 1A dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007, Azali Azlan yang memperoleh 21 A.......

Ia boleh dicapai di sini: 
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0313&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm

Oleh kerana kedua-dua media kertas utama yang dikilik di bawah ketiak saki baki ahli UMNO, maka mereka tidak tahu bahawa adik Nik Nur Madihah itu adalah sebenarnya pelajar terbaik Malaysia.

Mereka tidak tahu begitu kerana mereka tidak baca blog. Hanya blog saja yang melaporkan bahawa adik Nik Nur Madihah itu pelajar terbaik SPM 2008 Malaysia.

Utusan Malaysia dan Berita Harian rupanya lebih berminat untuk melaporkan hal ini....Nur Madihah puasa sebab miskin, Inilah rumah kami....maka orang UMNO yang kilik utusan bawah ketiak tadi akan berfikir inilah orang dari negeri kelantan yang diperintah oleh PAS....miskin.

Tidak keterlaluan jugalah mereka ini semua adalah pak pandir. Tidak mahu sanggup menerima kedurjanaan diri demi untuk terus mempertahankan kedurjanaan demi kedurjanaan lain demi mempertahankan UMNO.

Kepada Sultan-sultan, Raja-raja dan Agung, tengok dan fikirlah dengan otak dan bukanya dengan kepala lutut untuk melihat bagaimana kes yang begini pun dipropagandakan oleh UMNO. Oleh yang demikian ia boleh dijadikana asas untuk memansuhkan PPSMI.

Kalau boleh disebut, UMNO melalui saluran lidah bercabang lagi pembelit tidak sanggup menerima hakikat bagi menyebut Nik Nur Madihah sebagai pelajar terbaik SPM 2008.

Kepada bapa, ibu dan Nik Nur Madihah sendiri lebih baik jauhkah diri dari mereka yang berkepentingan politik seperti itu, terutamanya dalam keadan mereka tersepit. Jangan jadi seperti  kerbau yang digigit buaya selepas melepaskan kayu yang menghempap badan buaya.

Sebaliknya jangan cepat lupa diri dalam keadaan sekarang, cuba nilai apa yang ditulis di sini.

Jangan jadi seperti ramai orang lain yang berjaya dalam SPM, selepas disanjung mereka lupa daratan.  Sebaliknya ingat latar belakang diri dan jangan lupa asal usul.  Jadikan ia sebagai penguat semangat untuk terus berjaya dengan cemerlang.

Paling tidak kejayaan dan kemiskinan itu membuktikan bapa dan ibu tidak memerlukan tongkat sesiapa untuk bangun, berdiri dan berjalan meredah ombak demi kejayaan ini.

Jangan mudah terpesona dan cepat terkejut dengan kemewahan kerana ia cepat lupa diri. Kerana akibat dari mudah terpesona, cepat terkejut dan lupa diri itulah menyebabkan melayu lupa asal usul mereka sehingga wujud dalam diri dengan mempunyai perasaan bangga dan mudah terpesona dan terikut dengan bahasa orang lain sehinggakan melekehkan bahasa ibunda kita sendiri.

Muramatsu 
United Kingdom 
Pelajar PhD Fizik

Tiada ulasan: