"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Info Terkini Pelbagai Sumber Media

 Gempar: Terkini 3,029 Pengundi Hantu Di Kesan


SUNGAI PETANI - Sistem Mengesan pilihanraya (SISMEP) dari sayap pemuda KeADILan berjaya mengesan 3,029 pengundi di Dun N25 Bukit SelambauTimbalan Aangkata Muda KeADILan (AMK) merangkap Pengerusi Sismep, Fariz Musa (foto) berkata angka tersebut merupakan angka paling ramai yang berjaya di kesan dalam sejarah pilihanraya kecil di negara ini. “Ini merupakan salah satu sejarah dalam pilihanraya kecil Dun yang mencatat pengundi hantu paling ramai,” kata FarizMenurut Fariz di Taman Bandar Baru dicacatkan terdapat 3,544 pengundi berdaftar oleh SPR tetapi 2,215 atau 64% adalah pengundi hantu“Ada rumah yang mencatatkan 76 pengundi dalam satu rumah, 774 pengundi hantu juga dikesan di Taman Peruda, 15 di Air Mendidih, 13 di Bandar Laguna dan 12 di Bukit Selambau. “Semua ini telah kita buat laporan kepada Pejabat SPR di Kuala Muda pada 1 April lalu bersam beberapa pihak yang mewakili tuan rumah yang mana alamat rumah mereka digunakan untuk tujuan terbabit. “Tapi sampai saat ini tiada satu tindakan susulan di buat oleh polis atau pun SPR,” jelas Fariz. Sehubungan itu Fariz juga mencabar bekas ketua Pemuda UMNO,Hishamuddin Hussein dan Bekas Menteri Besar Kedah, Mahathir Khalid supaya tampil kehadapan untuk mencabar beliau kerana sebelum ini kedua-dua mereka menyelar beliau untuk mengemukan bukti kewujudan pengundi hantu di N25 Bukit Selambau ini. 

[Sungguh memalukan !! Bila UMNO dan BN cuba untuk menang dengan taktik kotor ini. Malah kerja jahat mereka ini cuba disembunyikan oleh pemimpin UMNO malah disokong pula oleh pihak SPR dan polis. Maka ternyata kini, mereka berusaha untuk menang kerana BN tahu mereka kalah dulu dengan majoriti di bawah 2,000 undi. Jika senario ini terus berlaku, maka sungguh malang bagi rakyat di Bukit Selambau kerana ditipu bulat-bulat oleh pihak berkenaan].

Musa Beri Amaran Jangan Cuba Halang Pengundi

SUNGAI PETANI - Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak bertindak bersendirian dengan menahan kenderaan, menghalang pengundi serta melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah sepanjang tempoh kempenpilihan raya kecil DUN Bukit Selambau. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (foto), berkata polis menerima maklumat ada pihak tertentu mahu menimbulkan masalah sepanjang tempoh pilihan raya kecil berhubung dakwaan wujudnya pengundi hantu di Bukit Selambau. "Orang awam tiada kuasa membuat pemeriksaan begitu termasuk meminta kad pengenalan individu lain. Jika ada sebarang maklumat pengundi hantu lapor kepada polis. Kita memberi jaminan tiada pengundi hantu di sini dan semuanya adalah berdaftar," katanya selepas melawat Markas Taktikal Polis bagi pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian diminta mengulas dakwaan Angkatan Muda Keadilan (AMK) kononnya mereka mengesan lebih 2,200 pengundi hantu, terutama di Taman Bandar Baru, di sini.

[Kenyataan Musa Hassan ini amat "bias" sekali kerana beliau bukannya pegawai SPR yang layak mengeluarkan kenyataan bahawa tiada pengundi hantu. AMK Kedah telah membuat laporan polis, masalahnya bila polis akan menyiasat? Mungkin lepas pilihanraya agaknya?. Jika bukan pengundi hantu, siapa lagi yang senang-senang menggunakan alamat rumah orang untuk mendaftar sebagai pengundi?. Bukan seorang dua tapi puluh-puluh?. Ini bukan konon-konon? Ini kes serius. Justeru itu kita khuatir pihak polis yang akan menjadi pengawal untuk mengiringi pengundi hantu masuk ke pusat-pusat pengundian 7 April ini].   

 http://pahangdaily.blogspot.com/

Tiada ulasan: