"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kalau Masalah Dalaman Parti DAP Kenapa Kianati Kerajaan Pakatan Rakyat

Hee akhirnya perjelas sebab tinggalkan DAP...
Hee Yit Foong - ADUN Jelapang yang meninggalkan DAP dua bulan lalu - bertemu media hari ini untuk memperjelaskan mengapa beliau menyokong BN mengambil alih kerajaan negeri Perak - 48 jam sebelum hari pengundian tiga pilihanraya kecil pada Selasa ini.

hee yit foong pc at kl 050409 01Bercakap dalam satu sidang akhbar di Times Square di ibunegara, Hee berulangkali menafikan bahawa beliau meninggalkan DAP kerana wang.

Menurutnya, beliau bertindak keluar daripada DAP kerana "masalah dalaman parti".

Hee adalah antara empat ADUN yang bertindak meninggalkan Pakatan Rakyat dan menjadi wakil rakyat bebas manakala seorang lagi kembali semula ke pangkuan Umno.

Mereka ialah ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu dan ADUN Behrang, Jamaludin Mohd Radzi- kedua-duanya dari PKR - yang turut menjadi wakil rakyat bebas.

Manakala seorang lagi ialah wakil rakyat Bota, Nasharuddin Hashim, yang sebelumnya menyertai PKR, tetapi kembali semula ke pangkuan Umno.

hee yit foong pc at kl 050409 02Hee berkata, beliau memutuskan untuk menemui pihak media hari ini kerana selama ini mereka tidak putus-putus berusaha untuk mendapatkan penjelasannya berhubung tindakannya meninggal DAP.

"Ianya tidak ada kena mengena dengan pilihanraya kecil sekarang," katanya merujuk kepada pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau (Kedah), Parlimen Bukit Gantang (Perak) dan Batang Air (Sarawak) Selasa ini.

Sidang akhbar mengejut Hee itu juga diadakan tiga hari selepas Datuk Seri Najib Tun Razak - yang bertanggungjawab membolehkan BN mengambil alih kerajaan negeri Perak - dilantik sebagai perdana meneri yang baru.  -malaysiakini-

Tiada ulasan: