"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UMNO Pilih Untuk Rebah : Masih Kekalkan Pemimpin Bermasalah

Pengumuman barisan kepimpinan UMNO petang ini menyaksikan bahawa UMNO yang kini diterajui Dato Seri Najib Razak sebagai sebagai Presiden bakal rebah setelah ia tidak menunjukkan perubahan barisan kepimpinannya.

Najib yang sebelum ini pernah menyeru “Berubahlah, jika tidak, kita rebah,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian serentak persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra semasa perhimpunan UMNO lalu
nampaknya memilih untuk rebah, bukan berubah.

Di dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO Najib telah menamakan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kekal sebagai Setiausaha Agung UMNO sementara Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO mengganti Tan Sri Muhammad Muhd. Taib. Datuk Ahmad Husni Hanadzlah pula dilantik sebagai Bendahari UMNO.

Najib juga nampaknya masih
mengekalkan beberapa orang pemimpin-pemimpin bermasalah menganggotai Jawatankuasa Majlis Tertinggi yang diantaranya termasuklah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Pengekalan Mohd. Ali yang dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini sebagai ahli MT dan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Melaka jelas satu kecacatan paling ketara dimana Najib dilihat tidak konsisten dengan hasratnya untuk melakukan perubahan. Malah beliau dilihat hanya seorang pemimpin retorik yang cakap tak serupa bikin.

Begitu juga halnya dengan pengekalan beberapa orang Menteri Besar dan Ketua Menteri sebagai Ketua perhubungan UMNO Negeri yang penuh dengan masalah seperti Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob, Mohd Ali Rustam dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohammad Hassan.

Turut dilantik sebagai MT ialah bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Datuk Jamil Khir Baharom, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Abdul Ghani Othman, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Perubahan hanya berlaku di negeri-negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak, Terengganu, Perlis, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.

Berikut ialah Senarai Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Pengerusi Tetap : Amiruldin Badruddin
Timbalan pengerusi Tetap: Mohammad Aziz
Presiden : Najib Tun Razak
Timbalan Presiden : Muhyiddin Mohd Yassin
Naib Presiden : Ahmad Zahid Hamidi
Hishamuddin Hussein
Shafie Afdal
Ketua Wnita : Shrizat Jalil
Ketua Pemuda : Khairy Jamaluddin
Ketua Puteri : Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Setiausaha Agong : Tengku Adnan Tengku Mansor
Bendahari : Ahmad Husni Hanadzlah
Ketua Penerangan : Ahmad Maslan

Ahli Majlis Tertinggi

Mustapa Mohamed
Noh Omar
Musa Aman
Azian Osman
Zainal Abidin Osman
Mohd. Zin Mohamed
Ismail Sabri Yaakob
Lajim Ukin
Shaziman Abu Mansor
Mohd. Puad Zarkashi
Tajuddin Abdul Rahman
Datuk Idris Haron
Dr. Abd. Latiff Ahmad
Jamaluddin Jarjis
Saifuddin Abdullah
Norraesah Mohamad
Mahdzir Khalid
Hamzah Zainuddin
Bung Moktar Radin
Awang Adek Hussin
Zulhasnan Rafique
Ahmad Shabery Cheek
Idris Jusoh
Abdul Azeez Abdul Rahim
Rais Yatim
Mohd Nazri Abdul Aziz
Jamil Khir Baharom
Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Mohd Ali Rustam
Rafidah Aziz
Abdul Ghani Othman
Shahidan Kassim
Aziz Sheikh Fadzir
Kamalia Ibrahim
Razali Ibrahim
Wan Norashikin Wan Nordin

KETUA PERHUBUNGAN UMNO NEGERI

Selangor -
Najib Razak
Wilayah Persekutuan -
Muhyiddin Yassin
Perak -
Dr. Zambry Abd. Kadir
Pulau Pinang -
Ahmad Zahid Hamidi
Kedah -
Shafie Apdal
Perlis -
Md. Isa Sabu
Kelantan -
Mustapa Mohamed
Pahang -
Adnan Yaacob
Terengganu -
Hishammuddin Hussein
Negeri Sembilan -
Mohamad Hasan
Melaka -
Mohd. Ali Rustam
Johor -
Abdul Ghani Othman
Sabah -
Musa Aman

Yang ditandakan merah adalah dilantik oleh Presiden. - Kelab GB



http://greenboc.blogspot.com/

Tiada ulasan: