"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita Indon (Monahara) Yang DiDera? Sertai majlis Husam

 


Oleh Salma Husin
Foto: Reza Taha
KOTA BHARU, 26 April: Wanita dan lelaki yang dikatakan berada di tengah kemelut nampaknya tidak sebagaimana yang dilaporkan oleh media Indonesia. Semalam kedua-dua mereka menyertai majlis menerima menantu Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, di kampung Kota, Kota Bharu Kelantan.

Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Kelantan bersama isteri baginda, Cik Puan Temenggong, Monahara Odelia Ponit, telah berkenan untuk berangkat ke rumah anggota exco kerajaan negeri itu kira-kira pukul 1.30 petang semalam.

Baginda hadir pada majlis kesyukuran sempena menyambut menantu pertama Husam dan Datin Rohana Abdul Rahman, iaitu isteri kepada Ahmad Syafi’, 21, Indah Purnama Sari, 19.
Anak sulung kepada pasangan suami isteri itu selamat diijab kabulkan di Banten, Tangrang, Jakarta pada Disember 2008.
Indah Purnamasari anak kedua daripada tujuh orang adik beradik itu merupakan anak kepada pegawai kerajaan di Republik Indonesia, Haji Didin Solahuddin Aep Hasbuna, 46 dan isteri Hajjah T. Fatimah Kamaruddin, 42.

Tengku Temengong kelihatan begitu mesra dan sesekali ketawa riang bersama pada majlis itu.
Baginda bersama isteri sempat meraikan pengantin dan beramah mesra dengan Husam dan isteri selama setengah jam.

Husam ketika memberitahu media berharap pihak tertentu yang cuba memburukkan imej istana khususnya Tengku Temenggong dan Cik Puan Temenggong supaya menghentikan segera tindakan itu.

Menurutnya, lagipun apa yang beliau dapati hubungan mesra antara pasangan terbabit sentiasa wujud sejak mereka berkahwin tahun lalu dan bukan hanya pada hari ini.
"Sebelum ini mereka kelihatan bersama keluar turun ke bawah untuk menghadiri program, jadi tidak timbul lagi ianya berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media,”ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak tertentu supaya tidak lagi menyebar berita negative terhadap pasangan terbabit.

Tambahnya, biarkan pasangan itu hidup dengan aman dan melayari bahtera rumah tangga mereka tanpa campurtangan pihak tertentu. 

Tiada ulasan: