"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Siasatan komisen kapal selam, ramai yang pucat gigi?

Mutaligat
Sehari dua ini ramai individu tertentu yang dituduh mempunyai kaitan dengan komisen pembelian kapal selam (yang tidak boleh menyelam baru-baru ini) tidak senang duduk dan resah gelisah dan serba salah. Bukan sahaja mereka pucat dilihat pada muka malah gigi mereka pun menjadi PUCAT.

Ini kerana Peguam Perancis, Joseph Breham berkata pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengerakkan siasatan keatas skandal pembelian kapal selam Scorpene.

Beliau berkata isu utama yang mengundang syak sekitar perolehan kapal selam ini adalah pembayaran RM534.8 juta ringgit kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, sebagai upah kepada 'kerja-kerja sokongan'.

Breham berkata pihaknya mempunyai laporan akaun Perimekar pada tahun 2001 dan 2002.

Beliau juga berkata bagaimanapun syarikat ini dengan tiba-tiba mendapat 114 juta euro dalam akaun bank mereka. Ini mengundang syak. Lebih-lebih lagi apabila pemegang saham utama syarikat ini adalah isteri kepada rakan karib Menteri Pertahanan pada masa itu.

Kenyataan beliau ini saya petik dari portal berita Malaysiakini.

Joseph merujuk kepada isteri Abdul Razak Baginda, Maslinda.

Jika benar pihak Perancis ingin mendakwa mereka yang terlibat maka satu lagi sejarah akan tercipta di mana tertuduh di siasat dan didakwa mengikut undang-undang negara Peranchis. Bayangkan perbicaraannya nanti bagaimana......ayam bercakap dengan itik ...ayam pasti tidak faham.

Seorang Jurubahasa Peranchis mesti dipelawa untuk menjadi penterjemah.

Dengan bukti kukuh seumpama ini adalah malang jika kes ini ditutup begitu sahaja tanpa pendakwaan dilakukan kepada sesiapa yang terlibat. Malah kes ini menjadi bertambah rumit kerana ia dikatakan ada kaitan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia.

Tiada ulasan: