"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rawatan susulan: Keberangkatan Sultan Kelantan ke Singapura tertangguh

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra yang dijadual berangkat ke Singapura pagi ini gagal berbuat demikian kerana dikatakan mendapat ‘halangan’ pihak tertentu.

Menurut sumber, pesawat yang disewa khas untuk membawa Sultan Kelantan tidak dapat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa, Kelantan.

“Pesawat yang akan membawa tuanku ke sana (Singapura) tidak dibenarkan mendarat,” kata sumber dengan ringkas tidak menyebut siapa yang dimaksudkan di samping tidak mahu namanya dikenali.

Menurut jadual asal, Sultan Kelantan dijadual berangkat kira-kira pukul 11.30 pagi.

Sehubungan itu Malaysia Airports Berhad (MAB) ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu.

Difahamkan Tuanku Ismail Petra dijadual berangkat ke Singapura untuk menerima rawatan susulan kesihatan baginda di Hospital Mount Elizabeth.

Baginda pernah mendapat rawatan di hospital tersebut ekoran kira-kira sembilan bulan bermula Mei 2009 sebelum berangkat pulang ke Istana Mahkota, Kubang Kerian Mac lalu.

Pihak media yang mendapat maklumat berkenaan bergegas ke LTSIP sejak pukul 10.30 pagi, namun hampa apabila akhirnya dimaklumkan keberangkatan Tuanku dibatalkan dan beberapa anggota polis yang berada di LTSIP juga kelihatan mula bersurai kira-kira 12.30 tengah hari.

The Malaysian Insider difahamkan Tengku Temenggong dijangka mengeluarkan kenyataan lewat hari ini.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: