"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAC-MCA-MB, Lakonan Berkesan di Perak

laniisma
Konon-kononnya MB Perak menunggu laporan terperinci daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) sebelum mengambil tindakan berhubung laporan agensi dan jabatan kerajaan membelanjakan lebih RM1 juta untuk beberapa perasmian majlis.

Kerajaan negeri Perak juga bersetuju memberi peruntukan berjumlah RM 50,000 pada tahun ini kepada setiap bahagian MCA di negeri Perak. Ia meliputi 24 Bahagian MCA di Perak, bererti sebanyak RM 1.2 juta duit rakyat diperlukan untuk dibangsatkan kepada parti.

Dah alang-alang PAC menyiasat perkara tersebut, cubalah siasat juga wang rakyat yang digunakan untuk diberikan kepada parti politik MCA. Eh...eh... PAC tak perlu siasat, tak perlu siasat juga perbelanjaan perasmian majlis tersebut. Siasat pun sama juga. Dah MB boleh berbelanja lebih RM1.2 juta untuk diberikan kepada parti politik. Majlis-majlis rasmi orang-orang besar datang, berbelanja besar pun tak mengapa. Kan bapak-bapak dia orang punya duit. PAC tak payah bising-bising...eh...eh...silap, PAC kena riuh-riuhkan, tanda anda membuat kerja, nanti apa pula kata rakyat. Selepas itu diam-diamlah, jangan bising-bising, nanti PR dengar.

Mana-mana pun, mereka semua pandai menyapu, sapu-sapulah kerjanya. Membujur lalu, melintang patah, duit lalu, duit diratah. Rakyat riuh-riuh, mulut ternganga juga.

Tiada ulasan: