"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suspek belasah isteri hingga mati serah diri

KUANTAN, 4 Mei: Pekerja ladang yang dipercayai membelasah isterinya hingga mati gara-gara cemburu bertindak menyerah diri kepada polis malam tadi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Lipis DSP Ibrahim Sharif, suspek, 46, menyerah diri selepas dipujuk menerusi panggilan telefon.

“Polis telah berjaya memperolehi nombor telefon suspek daripada saudara mara sebelum menghubunginya dan memujuk supaya menyerah diri.

“Suspek turut dipujuk oleh saudaranya itu bertindak menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis pada 10.30 malam tadi sambil ditemani oleh saudaranya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Dalam kejadian 5 petang Ahad lepas, isteri suspek, Rosmawati Abd Rahman, 39, dipercayai dihentak di kepala serta dipijak perut, dada dan paha di rumah mereka di Kampung Padang Tengku, Kuala Lipis.

Menurut laporan media suspek dikatakan naik angin secara tiba-tiba selepas anak mangsa mengadu yang ibunya berbual di telefon dengan seorang lelaki.

Ibrahim berkata suspek akan ditahan reman selama seminggu dari tarikh ia menyerah diri.

-Bernama-

Tiada ulasan: