"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nasir Fikri pilihan Tuanku untuk Terima Darjah Kebesaran

salehgong
Salam,kita semua sudah tahu dan sedia maklum tentang hubungan terlebih rapat diantara Dato Mohd Nasir dan YDP Agong,sesetengah mengatakan mungkin kerana keluarga Nasir rapat dengan Almarhum Sultan Ismail dan Sultan Mahmud.Setiap kali hari raya juga dikatakan Istana akan menjemput keluarga Dato Nasir untuk bertandang ke Istana bagi makan malam.

Malah Nasir sering dilihat keluar masuk Istana samaada di Terengganu atau di Kuala Lumpur juga sering di lihat bersama Tuanku samaada di Malaysia ataupun Luar Negara!

Jadi tidak menghairankan dan mengejutkan apabila berita melaporkan Nasir telah diperkenan oleh Tuanku Mizan untuk Menerima Darjah Kebesaran PJN yang membawa gelaran Datuk.Apa yang menjadi perbualan hangat adalah,Nasir adalah orang Terengganu pertama menerima darjah kebesaran dari Tuanku selepas kemelut politik Terengganu.

Sebelum ini semua majlis penganugerahan Darjah kebesaran di Terengganu telah dihentikan akibat Tuanku murka terhadap geng-geng Idris Jusoh dan Darjah Kebesaran dari Agong tidak pernah dikurniakan kepada orang Terengganu selepas kes itu,tetapi kini Tuanku telah membuka ruang dengan menganugerahkan Dato Nasir dan beliau menjadi orang pertama membuka pintu hati Tuanku.Rapat benarkah hubungan mereka?

-tko-

Tiada ulasan: