Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan angkatan tentera membebaskan N Tharmendran daripada tahanan di Kem Batu Cantonment.
Hakim, Datuk Su Geok Yiam dalam penghakimannya berkata angkatan tentera gagal mematuhi peraturan yang sewajarnya selepas menahan sarjan tentera udara itu pada 25 November tahun lalu.
Katanya ketika membacakan keputusannya berhubung permohonan habeas corpus Tharmendran, angkatan tentera tidak mengikuti peraturan seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan dan Akta Angkatan Tentera 1972.
Menurut Su, tindakan angkatan tentera menangkap Tharmendran semula atas alasan tidak hadir bertugas adalah sah, namun mereka gagal membawanya ke hadapan majistret dalam tempoh 24 jam, seperti yang digariskan oleh Akta Angkatan Tentera.Tharmendran akan dibebaskan di Kem Batu Kentomen serta merta selepas writ habeas corpus itu dikemukakan oleh mahkamah.
Thamendran yang dilepaskan dengan jaminan selepas tidak mengaku salah terhadap tuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat pejuang F-5 TUDM di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya tahun lalu, ditahan TUDM selepas dikatakan gagal melapor diri untuk bertugas sebaik dilepaskan.
Dalam permohonan habeas corpus yang difailkan pada 26 November lalu, Tharmendran berkata penahanan dan penangkapannya pada 25 November lalu adalah tidak berasas, salah dan tidak sah mengikut undang-undang dan bersifat jahat.
Dalam afidavit sokongannya, Tharmendran mendakwa penahanan itu tidak mengikut undang-undang kerana dia adalah orang awam dan tidak lagi berkhidmat dengan TUDM sejak 28 Mei tahun lalu.

-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan