Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.ny
Subang Jaya: Wanita yang diseret dan ditolak teman lelakinya ke dalam kolam renang ketika bertengkar di sebuah kondominium di Bandar Sunway dekat sini, sehingga tular tidak mahu meneruskan siasatan kes terbabit.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pasangan kekasih berkenaan adalah warga asing.
"Mangsa yang berusia 19 tahun membuat laporan polis pada hari ini berkenaan kejadian yang berlaku.
"Mangsa memaklumkan tidak mahu meneruskan kes serta tidak mahu sebarang tindakan diambil terhadap teman lelakinya," katanya dalam kenyataannya, hari ini.
Menurutnya, mangsa juga tidak mengalami sebarang kecederaan dan tidak mahu mendapatkan rawatan.
"Kejadian berkenaan berlaku pada Khamis lalu di kawasan kolam renang sebuah kondominium.
"Setakat ini, siasatan berhubung kejadian tidak diteruskan dan tiada siasatan lanjut (nfa)," katanya.
Terdahulu tular video berdurasi seminit 44 saat memaparkan kejadian pertengkaran di kolam renang berkenaan.
Wanita berkenaan ditarik ke kolam renang oleh teman lelakinya sebelum pertengkaran berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan