"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dentuman kuat 4 pagi bongkar penemuan mayat lelaki

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
bhnews@bh.com.my
Keadaan kereta yang remuk selepas seorang lelaki terjatuh ke atasnya dari tingkat atas pangsapuri di Taman Sri Murni di ibu negara awal pagi tadi. - Foto ihsan penduduk
Keadaan kereta yang remuk selepas seorang lelaki terjatuh ke atasnya dari tingkat atas pangsapuri di Taman Sri Murni di ibu negara awal pagi tadi. - Foto ihsan penduduk
KUALA LUMPUR: Dentuman kuat kedengaran kira-kira jam 4 pagi tadi mengejutkan penghuni sebuah pangsapuri di Taman Sri Murni, di sini, sekali gus membongkar kewujudan mayat seorang lelaki.

Mayat lelaki warga India itu ditemukan di kawasan parkir pangsapuri selepas dipercayai terjatuh dari tingkat atas, mengenai sebuah kereta milik penduduk yang diletakkan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata pihaknya menerima laporan jam 4.10 pagi tadi.

"Kejadian berlaku di kawasan pentadbiran Balai Polis Jinjang membabitkan seorang lelaki warganegara India yang berusia 48 tahun.

"Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah membabitkan kematian mangsa terbabit ," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan, mangsa yang juga seorang peniaga disahkan mati di lokasi kejadian dan siasatan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Tiada ulasan: