"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Noh Omar nafi hubungan Umno, MIC retak

Syed Jaymal Zahiid
HULU SELANGOR, 13 April:
Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menafikan hubungan Umno dan MIC retak ekoran perbezaan pendirian berhubung calon yang harus diturunkan di kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Sehubungan itu beliau berkata, normal bagi kedua-dua parti untuk menlahirkan pendapat berhubung calon, tetapi akhirnya mereka akan akur dengan keputusan kepimpinan memandangkan hak memilih calon terletak pada tangan pengerusi Barisan Nasional (BN).

“Ini adalah normal. Setiap kali ada pilihan raya kecil akan ada pihak yang akan mencuba dan mahukan calon-calon mereka dipilih.

“Tetapi akhirnya kesemua akan akur dengan keputusan kepimpinan,” kata Noh pada sidang media di sini hari ini.

“Sebagaimana mereka tahu, ia terserah kepada pengerusi (BN) yang akan menggunakan kuasa untuk memutuskan calon,” kata Noh yang juga pengarah pilihan raya bagi BN.

Umno dilaporkan melobi keras untuk mendapatkan balik kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Bagaimanapun minggu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memutuskan bahawa MIC mewakili BN akan menurunkan calon mereka.

Kini timbul desas-desus Umno Hulu Selangor sanggup menerima keputusan Najib itu tetapi dengan syarat tidak mahu Datuk G. Palanivel yang sudah empat penggal menjadi ahli Parlimen dan tewas pada 2008 dipilih semula sebagai calon.

Umno juga dikatakan menyokong Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan sebagai calon yang dilihat sebagai proksi.

Bagaimanapun perkara itu turut dinafikan oleh kepimpinan Umno Hulu Selangor.

BN akan mengumumkan calonnya Khamis ini.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: