"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pecacai Zionis dedah negara kepada ancaman Singapura

Penarik Beca

Untuk tahun 2010 ini, peruntukan kepada MARA yang ditubuhkan untuk membantu orang-orang Melayu, termasuk di Hulu Selangor, dicantas-cantas sampai betul-betul ciput sehingga berjumlah RM374,537 juta sahaja bagi tahun 2010 berbanding RM883,785 juta pada 2009.

Bagi IKM, peruntukan untuk 2010 hanya RM143 juta berbanding RM403 juta bagi tahun 2009. Giat MARA hanya mendapat RM16 juta bagi tahun 2010 berbanding RM28 juta bagi 2009.

Bagi MRSM dan Koleh Sains MARA pula, peruntukan hanya tinggal RM115 juta untuk tahun 2010 berbanding RM254 juta pada tahun 2009 (sila lihat juga rajah di bawah mengenai jumlah pelajar dan pelatih yang dicantas-cantas jumlahnya oleh kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak jumlahnya supaya betul-betul kecil dan tak payahlah keluar duit banyak-banyak untuk meningkatkan mutu pendidikan orang-orang Melayu).

Saya dah sebut berkali-kali sebelum ini, untuk memastikan kemajuan orang-orang Melayu supaya berdaya saing dengan kaum-kaum lain, dua syarat mesti dipenuhi iaitu keimanan yang tinggi dan penuh seluruh kepada Allah s.w.t. yang dikasihi dan peningkatan taraf pendidikan dan ilmu pengetahuan.

Kedua-dua syarat yang dinyatakan itu adalah denyut nadi utama survival bangsa Melayu. Bukan pertubuhan-pertubuhan karut-marut yang mengapi-apikan perkauman. Bukan juga dengan memaki hamun bangsa lain.

Malangnya, denyut nadi utama itulah yang dicantas-cantas peruntukannya oleh kerajaan diterajui Umno yang kononnya memperjuangkan bangsa Melayu. Mengapalah berbohong sampai orang bongok pun tak percaya? Kalau ada yang percaya, memang lebih teruk dari bongok!

Persoalannya, duit untuk memajukan taraf pendidikan orang-orang Melayu yang depa cantas tu depa bawak pi mana?

Rupa-rupanya hampir RM77 juta depa gunakan untuk dipersembahkan kepada tuan-tuan Zionis Israel depa dalam Apco Worldwide (lihat berita Malaysiakini semalam bertajuk "
Kontrak Apco bernilai RM77 juta setahun").

Bila bercakap dengan orang-orang Melayu, pecacai-pecacai dan pak yet-pak yet Israel Zionis itu terpekik-terlolong tentang ancaman orang-orang Cina dan DAP. Rupa-rupanya dalam masa yang sama depa jadi pecacai dan pak yet Yahudi Zionis yang berlumuran tangan jahat dan kotor mereka dengan darah rakyat Palestin yang dijajah.

Pada masa yang sama juga, Yahudi Zionis juga mempunyai akses kepada maklumat keselamatan milik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) - lihat berita TV Selangor "
Malaysia tanggung risiko keselamatan walaupun khidmat Asiasoft tamat". Kalau Zionis Israel celaka tu dapat segala maklumat strategik tu, adakah sesiapa fikir mereka tak akan "belanjakan" maklumat tu kepada Singapura?!

Majulah Singapura!

Berkaitan:
Government paid APCO RM76m (Malaysian Insider 13/4/10)



http://penarikbeca.blogspot.com

Tiada ulasan: