"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pendatang haram India jadi ahli Umno di Sabah

Mutalibmd.blogspot.com

ISU Pendatang asing tanpa izin di Sabah semakin menular berikutan pendedahan seorang warganegara Malaysia, Kamaruddin Omar bahawa ramai warga asing India menetap di Sabah setelah memalsukan keterangan diri untuk mendapatkan kad pengenalan projek atau palsu.

Pada mulanya, penulis hanya berjaya menjejak kes pemalsuan dokumen seorang belia India di Sabah iaitu Velutha Mannil Yousaf Abotty yang dilahirkan pada 10 Jun 1971 di Quilandy Kerala, India. Velutha telah memohon visa daripada Kedutaan Malaysia di Madras pada 13 Ogos 1990 dan diluluskan visa bernombor 18282/90 untuk tempoh selama dua bulan.

Yousaf tiba di Singapura pada 7 Ogos 1990 dan berada di sana sehingga 21 Ogos 1990 dengan menggunakan pas lawatan bernombor 2573/B2.

Yousaf ke Kuala Lumpur pada 22 Ogos 1990 dengan menggunakan pasport India S 690334 yang dikeluarkan pada 5 April 1990 di Kozhikode, India.

Yousaf telah mengisi Departure Card bernombor AT 438263 di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dan diberi kebenaran untuk berada di dalam negara ini selama dua bulan sehingga 21 Oktober 1990 atas lawatan sosial.

Penulis tidak tahu bagaimana Yousaf boleh menyusup masuk ke Sabah ddan sampai di Lahad Datu sekitar 1994.

Yousaf telah memperoleh surat beranak daftar lewat yang dikeluarkan oleh Dr Chaw Tet Loong, Pegawai Perubatan Semporna bernombor 3870/91 bertarikh 30 April 1991.

Mengikut sijil lahir tersebut, Yousaf dilahirkan di Kampung Sungai Nasip Semporna pada 10 Jun 1971. Bapanya Kasim Bin Abdul (India Muslim) dan ibunya Saripa Bte Motok (Melayu).

Melalui sijil lahir tersebut, Yousaf telah berjaya mendaftar kad pengenalan dan diberi resit JPN 1/9 bernombor 7416169 pada 21 Februari 1995 oleh Pejabat Pendaftaran Negara Kota Kinabalu.

Bagaimanapun sehingga kini Yousaf belum menerima kad pengenalan tersebut dan hanya memegang resit JPN 1/9 dan sijil lahir 3870/91.

Kes berkenaan agak sepi sehinggalah pendedahan beberapa orang warga Malaysia berketurunan India atau Mamak menjelang penerbitan buku 007-Lelaki Malaysia Terakhir? yang memaparkan beberapa nama Pendatang Haram India seperti Abdul Jabbar Munthalif yang berjaya di Sabah setelah mendapat Kad Pengenalan Projek dan menjadi ahli DPIM.

Paling mengejutkan, pendedahan jujur Kamaruddin yang mendakwa bahawa Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim (DPIM) yang diketuai oleh Datuk Baisul Khan Salman Faris menjadi Pusat Merekrut Pendatang Haram India melalui sebuah sindiket yang mempunyai hubungan rapat dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Sabah.

Kejayaan Setiausaha Agung DPIM, Mohd Ansar Maidin memperoleh kad pengenalan melalui kaedah pendaftaran lewat surat lahir dengan memalsukan keterangan dirinya membuka dimensi baru yang selama ini hanya tertumpu kepada Surat Akuan dan penyalahgunaan Borang Persatuan seperti Pekida dan Persatuan Kebangsaan Bugis Sabah (PKBS) sebagai modus operandi untuk mendapatkan kad pengenalan Sabah.

Ansar @ Ansari telah membayar sejumlah wang kepada seorang wanita berketurunan India daripada Papar untuk mendapatkan sijil lahir daftar lewat dengan membuat akuan palsu bahawa Ansar adalah anaknya walaupun tembuni dan ibu yang melahirkan Ansar masih berada di India.

Peluang Ansar untuk berjaya sebagai peniaga telah melupakan jenayah yang dilakukannya di India dan juga jenayah memalsukan keterangan diri di Malaysia, apatah lagi berani muncul membuat laporan polis dan mencabar Kamaruddin, disifatkan sebagai tindakan paling bodoh yang pernah dilakukannya.

Dengan salinan pasport India Ansar masih dalam simpanan Kamaruddin, Ansar telah meludah ke langit dengan muncul di Balai Polis Karamungsing dan membuat kenyataan akhbar di Daily Express bersama Baisul Khan.

Apakah Ansar yakin bahawa beliau kebal kerana menjadi ahli UMNO dan pemilih berdaftar sehingga tidak ada siapa yang boleh menggugat kedudukannya dan perniagaannya di Malaysia yang terus menghantar wang balik ke India?



Kini dengan pendedahan Klip video Kamaruddin untuk masyarakat India diapungkan di Youtube yang bertajuk '
Kuch-Kuch Hota Hai Malaysia'telah menaikkan kemarahan rakyat Sabah.

Namun yang paling merasa kesan dan terancam oleh pendedahan ini ialah Baisul Khan kerana ramai pihak telah menulis surat kepada Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah, mencadangkan anugerah 'Panglima Gemilang Darjah Kinabalu' (PGDK) yang dianugerahkan kepada Baisul Khan ditarik balik.



TAJ NESHA BEGAM BINTI BAISUL KHAN

Anak Baisul, Taj Nesha Begam yang menjadi Pensyarah di Politeknik, Kota Kinabalu dipandang serong oleh masyarakat Sabah yang sensitif dengan isu Pendatang Haram sehingga ramai yang menghantar email ke blog ini memaklumkan bahawa anak Baisul Khan mengajar di Politeknik berkenaan.

Tempias yang dirasai oleh Taj Nesha menyebabkan ramai rakannya semasa di sekolah memberikan pelbagai maklumat berhubung latar belakang bapanya yang bukan sahaja membantu Pendatang Haram India mendapatkan kad pengenalan projek, malah menyeludup masuk dan menyembunyikan Pendatang Haram India di suatu tempat rahsia bagi mengelak serbuan.

Agak malang bagi Sarjana Muda Kejuteraan Mekanikal daripada Universiti Pahang ini kerana terpaksa membasuh dosa bapanya yang terjerat dengan cita-cita untuk menjadi terkenal dengan merekrut pendatang haram India dan berselindung di sebalik kekebalan DPIM yang menawarkan ruang dan peluang pihak penguatkuasa mendapat habuan.

Begitu juga dengan seorang lagi Pendatang Haram India, Mohidden Batcha Sariff yang dilantik sebagai Bendahari Kehormat DPIM, seolah-olah lupa diri sehingga membuat laporan polis terhadap Kamaruddin pada 30 Disember 2008 di Balai Polis Karamunsing.

Mohidin Batcha lupa bahawa anaknya, Abeed Fatimah Mohidin Batcha, pelajar tahun akhir Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat UMS adalah 'Anak Penyu' dan tidak berhak belajar di UMS.

Batcha Sariff, harus menerima hakikat bahawa tembuninya dan isterinya ditanam di Tamil Nadu,India tidak mengikut jejak Ansar yang dilahirkan dua kali (India dan Sabah) dengan mendedahkan danmensirna masa depan dirinya dan anaknya yang cemerlang dalam pelajaran.

Alangkah bertuahnya anak Mohiddin, Abeed Fatimah apabila dilahirkan sebagai 'Melayu' atau 'Bumiputera' sedangkan ibubapanya di 'India Tulen' yang sadur dengan kad pengenalan projek.

Mohiddin, Baisul dan Ansari menafikan dakwaan Kamaruddin bahawa DPIM merekrut Pendatang Haram India sedangkan kesemua mereka adalah warganegara India yang mendapat kerakyatan secara tidak sah melainkan Baisul Khan yang mendapat taraf warganegara menurut kuat-kuasa Undang-Undang yang boleh ditarik balik atau dilucutkan pada bila-bila masa.


DATUK BAISUL KHAN SALMAN FARIS

Sebagai seorang Presiden DPIM, warga tulen Sabah hairan bagaimana Baisul yang memegang kad pengenalan 450611-71-5209 boleh dianugerahkan pingat PGDK sedangkan beliau bukan pemilih berdaftar atau ahli mana-mana parti.

Apakah sumbangan dan jasa Baisul selain daripada meramaikan 'Warga India' di Sabah berikutan kenaikan mendadak kelahiran masyarakat India di Sabah iaitu 1,433 orang bagi tempoh 2000 hingga 2008.

Sebelum ini, warga India di Sabah boleh dikira dengan jari sehingga memaksa Kongress India Malaysia (MIC) menggunakan teknik 'ahli hantu' yang diamalkan UMNO Sabah sejak 1991 dan mengklonan 'Pendatang Haram India' sebagai ahli Dwi-Parti iaitu MIC dan UMNO.

Datuk V.Jothi yang mengetuai MIC Sabah sewajarnya lebih proaktif mengemaskinikan rekod keahlian MIC bagi mengelakkan partinya diharamkan kerana tidak mempunyai ahli yang mencukupi untuk menubuhkan bahagian dan cawangan sebagaimana yang didakwa oleh A.Nagaraju yang pernah menjadi Ketua Bahagian MIC Silam.

Kebanyakan ahli 'MIC' kini begitu dominan di dalam DPIM kerana mereka lebih berminat berniaga daripada menyertai politik. Namun mereka menjadi 'Pengundi Setia' kepada Barisan Nasional sebaik sahaja mendapat kad pengenalan, apatah lagi mereka juga ahli UMNO selain ahli MIC dan DPIM!

Baca selanjutnya:-
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26038:pendatang-haram-india-jadi-ahli-umno-di-sabah-&catid=102:terbaik-dari-blog&Itemid=136

1 ulasan:

Bukriben berkata...

Artikel ini asalnya daripada sabahkini dan blog http://mutalibmd.blogspot.com. Saudara baca dahulu web tersebut danbaca artikel di blog ini
http://anakjatisabah11.blogspot.com/2010/12/isu-kerakyatan-sabah.html

Saya berharap blog saudara tidak menjadi orang tengah dalam fitnah menfitnah,Saudara paparkan benda yang terbukti dan buat kajian dahulu sebelum dipaparkan sesuatu itu.
Harapan besar saya....paparkan artikel tersebut di blog saudara....,kerana ianya lebih benar....dan tuhan yang maha esa mengetahuinya.