"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MIC adakan mesyuarat tergempar bincang isu calon Hulu Selangor

G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 14 April: MIC akan mengadakan mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja pusat (CWC) malam ini ketika muncul desas-desus calon disyorkannya tidak akan dipilih bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu - sehari sebelum BN dijadual mengumumkan calonnya.

“MIC adakan mesyuarat khas CWC pukul 10 malam ini... isunya berkaitan dengan soal calon,” kata pemimpin kanan MIC kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.

Ini kali pertama dalam sejarah MIC mesyuarat tergempar CWC diadakan untuk menyatakan pendirian berhubung calon pilihan parti itu khususnya ketika pilihan raya kecil.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: