"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Calon DAP Tanding Parlimen Sibu, Wakili Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 14 APR: Pakatan Rakyat hari ini memutuskan untuk meletakkan calon DAP pada pilihanraya kecil Sarawak P212 Sibu.

Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh pucuk pimpinan ketiga-tiga parti yang diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini.

Ini bermakna pilihan raya kecil Sibu yang masih belum diputuskan tarikhnya dijangka menyaksikan pertembungan satu lawan satu.

“Kita putuskan pada pilihan raya kecil di Sibu, kita akan meletakkan hanya satu calon iaitu calon dari DAP.
"Untuk menunjukkan semangat dan muafakat kita, pimpinan PAS dan DAP dan saya akan hadir ke Sibu pada 18 April untuk bertemu pimpinan PKR, PAS dan DAP di Sarawak,” kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu.
Sebelum ini, kerusi itu ditandingi oleh DAP, PKR dan parti komponen BN, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Pilihan raya kecil Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Robert Lau Hoi Chew minggu lalu.

Robert Lau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi.
Beliau menewaskan calon DAP, Wong Ho Leng dan calon PKR, Lim Chin Chuang.

Pilihan raya kecil Sibu adalah kesebelas selepas pilihan raya umum pada 2008 dan kedua di Sarawak.
-tvselangor-

Tiada ulasan: