"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelaburan Asing: Pelabur Masih Kurang Yakin Lagi Ke Perak

Salman Haji Saleh
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat data pelaburan perindustrian mengikut negeri yang berakhir 31 Disember 2009 yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) menunjukkan Negeri Perak walau pun telah berjaya memperolehi 47 bilangan projek yang datang daripada pelaburan tempatan sebanyak RM 321.5 juta dan pelaburan asing sebanyak RM 572.4 juta berbanding Negeri Kedah yang berada di atas daripada kita. Dan amat membanggakan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) di Negeri Selangor yang menduduki tempat yang kedua selepas Sarawak yang memperolehi 278 bilangan projek paling banyak.

Dakwaan yang dinyatakan oleh Datuk Hamidah Othman selama ini meleset dimana Negeri Kedah yang telah menjaya memperolehi hanya 40 bilangan projek yang datang daripada pelaburan tempatan sebanyak RM 701.1 juta dan pelaburan asing sebanyak RM 794.9 juta yang membayangkan kepercayaan yang kukuh pelabur asing di sana berbanding di Negeri Perak. Manakala jumlah keseluruhan pelaburan yang telah di terima oleh Negeri Kedah ialah sebanyak RM 1.5 bilion berbanding Negeri Perak yang hanya menerima pelaburan sebanyak RM 893.9 juta sahaja. Dan sebanyak RM 3 bilion diperolehi pada tahun 2008 yang jauh lebih baik semasa PR memerintah Negeri Perak.

Data pelaburan perindustrian oleh MIDA tersebut jelas bahawa membayangkan kepercayaan yang kukuh pelabur asing masih kurang untuk ke Negeri Perak dengan kemelut pentadbiran kerajaan negeri yang tiada kesudahannya sehingga sekarang. Oleh yang demikian DPPN Pk meminta Datuk Hamidah memperjelaskan isu sebenar kemasukan pelaburan di Negeri Perak yang jauh ketinggalan. Perbandingan pelaburan asing pada tahun 2008 adalah sebanyak RM 994.7 juta berbanding tahun 2009 hanya memperolehi sebanyak RM 572.4 juta sahaja.

Memang benarlah bahawa pelaburan asing tidak berani lagi menjadi pelabur di Negeri Perak dengan keadaan yang menjadi kebimbangan mereka selama ini iaitu kuasa ketiga di dalam menentukan kedudukan Kerajaan Negeri Perak yang sebenar. 3 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas inilah yang merisaukan pelabur asing untuk melabur apa-apa sahaja pelaburan yang memungkinkan menghadapi risiko yang amat besar.

SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan: