"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib Tabur Janji Di Sibu, Mafrel Tegur Sikap SPR

SHAH ALAM, 4 MEI: Badan Pemantau Bebas Pilihan Raya (Mafrel) meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menutup mata terhadap gelagat pimpinan kerajaan pemerintah yang menabur pelbagai janji peruntukan kepada pengundi Sibu.

Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh berkata perbuatan menabur janji itu boleh ditafsir sebagai kempen pilihan raya dan tidak wajar berikutan proses penamaan belum pun bermula.

Beliau mengingatkan SPR, mereka perlu bebas bertindak mengikut lunas undang-undang tanpa perlu mematuhi telunjuk pimpinan Umno Barisan Nasional

Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjanjikan puluhan ribu ringgit kepada rakyat sibu atas kapasitinya sebagai perdana menteri sedangkan ia tak ubah seperti kempen pilihan raya.

Sekalipun mendakwa peruntukan berkenaan dibuat mengikut jadual tetapi anehnya, janji berkenaan hanya dibuat menjelang pilihan raya kecil yang bakal bermula 8 mei ini.

“Pilihan raya Sibu tak lama, sudah tentulah ia menjurus kearah itu. Minta SPR ambil perhatian," katanya yang menyifatkan janji peruntukan Najib sebenarnya lebih cenderung kepada umpan kepada rakyat untuk mendapatkan undi mereka semata- mata.

“Kita tidak menafikan perkara itu boleh dilihat sebagai satu bentuk gula-gula sebab ia berlaku dalam tempoh dekat dengan pilihan raya kecil," katanya lagi.

Mafrel menyatakan tidak salah untuk Najib turun padang bertemu rakyat tetapi perdana menteri ini perlu telus dalam tindakannya dan tidak memanipulasikan lawatan untuk berkempen.

“Apa-apa usaha berunsur kempen sebelum waktu kempen tidak sepatutnya berlaku.
Bukan bermakna Najib tidak boleh jumpa rakyat tetapi bergantung kepada kenyataan yang dibuat, Adakah bersifat kempen atau tidak. Ini memerlukan pemantauan dari SPR,” katanya.
-tvselangor-

Tiada ulasan: