"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas IGP anggotai panel pantau siasatan remaja ditembak

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar adalah antara lapan orang yang dilantik bagi menganggotai jawatankuasa khas bagi memantau siasatan polis berhubung kematian remaja 14 tahun yang ditembak mati polis 26 April lalu.

Mereka yang lain adalah bekas pesuruhjaya Suhakam Dr Denison Jayasooria, penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim, peguam Muhammad Shafee Abdullah, ketua pegawai eksekutif ASLI Dr Michael Yeoh dan naib canselor UiTM Prof Abdul Halim Sidek.

Panel berkenaan akan diketuai oleh timbalan menteri dalam negeri, Datuk Abu Seman Yusop dan dibantu oleh timbalan ketua setiausaha kementeriannya, Datuk Ahmad Fuad Aziz.

Abu Seman memberitahu pemberita minggu lalu bahawa jawatankuasa khas itu tidak boleh menjalankan siasatannya sendiri tetapi hanya boleh memantau siasatan yang dijalankan oleh polis bagi memastikan ia berjalan dengan telus dan adil kepada semua pihak.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: