"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Balas dendam kematian komander kanan, Hizbullah lancar 320 roket

Bernama

Hizbullah mengumumkan ia sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di selatan Beirut yang menyebabkan kematian komander kanannya, Fuad Shukr.
Hizbullah memaklumkan 11 sasaran tentera Israel, termasuk beberapa pangkalan dan berek diserang dalam fasa pertama serangan balas. (Gambar AP)
BEIRUT: Hizbullah mendakwa lebih 320 roket dilancarkan dengan menyasarkan beberapa kedudukan tentera, menurut kenyataan dikeluarkan kumpulan pejuang itu pada Ahad, lapor Sputnik.

Sebelum ini, Hizbullah mengumumkan serangan dilancarkan sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di selatan Beirut yang menyebabkan kematian komander kanannya, Fuad Shukr.

Dalam kenyataan itu, Hizbullah memaklumkan fasa pertama serangan balas berjaya, dengan 11 sasaran tentera Israel, termasuk beberapa pangkalan dan berek terkena serangan.

Setakat ini (0405 GMT), lebih 320 roket Katyusha dilancarkan ke arah kedudukan musuh.

Tiada ulasan: