"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita disyaki larikan barang kemas di Batu Caves diburu

Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my
GELAGAT seorang wanita yang berpura-pura mencuba barang kemas sebelum melarikan barang berkenaan dalam kejadian di sebuah kedai emas di Selayang Baru, Batu Caves, Gombak, Ahad lalu. FOTO Ihsan Polis.
GELAGAT seorang wanita yang berpura-pura mencuba barang kemas sebelum melarikan barang berkenaan dalam kejadian di sebuah kedai emas di Selayang Baru, Batu Caves, Gombak, Ahad lalu. FOTO Ihsan Polis.
Gombak: Berpura-pura mahu membeli barang kemas sebelum melarikan diri. Itu helah digunakan seorang wanita yang mencuri barang kemas di sebuah kedai emas di Selayang Baru, Batu Caves, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohammad Nasir berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi 33 saat berhubung kejadian itu, yang tular di media sosial, hari ini.

"Kami menerima laporan dibuat pemilik kedai iaitu seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun berhubung kejadian itu yang berlaku kira-kira jam 1 petang, Ahad lalu.

"Suspek iaitu seorang wanita tempatan datang ke kedai emas berkenaan dan cuba memakai dua rantai emas sebelum tiba-tiba melarikan diri dengan sebuah kereta Toyota Yaris yang menunggu di hadapan kedai," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, usaha mengesan suspek terbabit sedang giat dijalankan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan kecurian dalam bangunan.

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nur Azrul Amirul Mustafa di talian 011-12300778.

"Orang ramai juga boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222 untuk tindakan lanjut," katanya.

Tiada ulasan: