"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pas berhenti berbohong atas nama Imam Syafie untuk pertahan penyelewengan

Harapandaily

AHMAD MURSI

Bila Ustaz Pas timbulkan kontroversi, mulalah disebar kata-kata ‘palsu’ Imam Syafi’i yang tak ada sumber yang sah dan dijaja dalam ceramah di surau dan masjid. Ramai pula percaya tanpa soal.

Apa yang disebarkan: “Carilah ulama yang dibenci oleh orang kafir & munafik, dan jadikanlah dia ulama yang membimbingmu. Jauhilah ulama yang dekat dengan orang kafir & munafik, kerana dia akan menyesatkanmu & menjauhkanmu dari keredhaan Allah SWT”

Asalnya, kata-kata palsu ini mula tersebar di Indonesia di awal wujudnya media sosial, sebelum sampai ke Malaysia melalui pihak-pihak yang mengejar kepentingan tertentu.

Ulama sebenar diukur berdasarkan ilmu, akhlak, dan taqwa mereka, bukan semata-mata berdasarkan apa yang orang lain fikir tentang mereka, sama ada Islam atau bukan Islam.

Kalau betul ulama yang benar mesti dibenci, atau mereka sengaja berusaha untuk dibenci oleh orang kafir, macam mana mereka nak berdakwah? Bukankah tugas utama ulama adalah menyebarkan dakwah?

Nabi Muhammad SAW tunjukkan akhlak yang sangat mulia, ramai yang tertarik kepada Islam hanya kerana contoh peribadi Baginda.

Islam ajar kita berdakwah dengan cara yang hikmah, bukan dengan cara menjana kebencian orang: “๐˜š๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ (๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ด๐˜ช๐˜ข) ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ซ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜›๐˜ถ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ-๐˜ฎ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ช๐˜ฌ, ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ต๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ค๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฉ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ช๐˜ฌ.” (An-Nahl: 125).

Kalau seseorang diangkat sebagai ulama tapi akhlaknya buruk, suka berbohong, mencarut, bersikap ekstrem, tak amanah, makan gaji buta, atau suka melabel dan menghina, maka bukan hanya orang kafir, orang Islam pun patut benci sikap macam ni.

Kebencian tak boleh jadi ukuran kebenaran. Kebenaran mesti diukur dengan panduan Al-Quran dan Sunnah.

Ada yang dibenci oleh satu kelompok kerana pendapat mereka tak popular atau sebab mazhab berbeza, tapi itu tak jadikan kebencian sebagai bukti mutlak seseorang ulama itu benar.

Islam ajar kita untuk berbuat baik dan adil kepada semua, termasuk bukan Islam, terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum. Allah berfirman: “Allah tak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tak memerangi kamu kerana agaama dan tak usir kamu dari tanah airmu. Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berlaku adil.” (Al-Mumtahanah: 60:8).

Tok Guru Nik Aziz adalah contoh pemimpin yang cuba tonjolkan Islam sebagai rahmat untuk semua (Rahmatan Lil Alamin), dengan pendekatan yang inklusif dan slogan ‘Pas for All’. Beliau disayangi oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Pendekatan inilah disambung oleh Parti AMANAH.

Di bawah kepimpinan Haji Hadi, Pas berubah jadi parti perkauman yang eksklusif, dengan pendekatan yang bengis dan ekstrem.

Pas dah tak lagi perjuangkan keadilan sosial yang luas seperti dulu. Sebab itu lah kata-kata palsu Imam Syafi’i ini dijadikan modal untuk pertahan fikrah Pas yang salah.

Tiada ulasan: