"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Papan iklan awam papar filem lucah

KOSMO!
SEBUAH filem lucah disiarkan pada papan iklan digital di New Delhi. - Foto AFP
NEW DELHI  – Sebuah filem video lucah disiarkan pada papan iklan digital di Connaught Place, New Delhi, lapor portal berita NDTV semalam. 

Insiden berlaku lewat malam Khamis lalu.

Polis berkata, filem tidak senonoh itu disiarkan selama beberapa saat sebelum dipadamkan  dengan bantuan petugas Perbadanan Perbandaran New Delhi (NDMC). 

Menurut pihak berkuasa, ramai orang yang berkumpul di lokasi tayangan percuma itu.

Kejadian itu diketahui selepas orang awam memberitahu polis mengenai tayangan filem tersebut.

Siasatan sedang dijalankan untuk menangkap individu yang terlibat dalam kejadian itu, tambah polis.

NDMC berkata, pihaknya percaya bahawa kejadian itu melibatkan penggodaman skrin dengan menggunakan teknologi canggih. – AGENSI

Tiada ulasan: