"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perlekeh mufti negeri, mengipas ulama politik – Siapa ‘mengkarung’ yang dimaksudkan?

Harapandaily

Pemerhati politik, Liyana Marzuki melontarkan ‘teka-teki’ menarik dengan menyenaraikan beberapa ciri dipercayai merujuk kepada seorang ahli politik.

Pengendali audio siar ‘Jangan Pajak Otak’ itu menggelarkan politikus berkenaan sebagai mengkarung.

Tiga ciri ‘mengkarung’ terbabit ialah memperlekeh mufti negeri, mengipas ulama politik untuk kuasa dan memandirkan secara berterusan penyokong parti agama.

“Siapakah mengkarung ini?” tempelak Liyana menerusi kenyataan di platform X.

Susulan itu, warganet dilihat menjawab teka-teki tersebut dengan memberi pembayang, antaranya ‘jargon’.

Tidak kurang juga yang memberitahu ahli politik yang dimaksudkan gemar menyekat orang lain di media sosial lantaran tidak mampu berhujah secara rasional.

Tiada ulasan: