Omar Ahmad
am@hmetro.com.my
Lelaki ditemui maut jatuh ke dalam perigi berhampiran rumahnya di Lorong 7, Taman Nesa, Skudai. FOTO Ihsan JBPM
Johor Bahru: Seorang lelaki ditemukan mati selepas terjatuh ke dalam perigi berdekatan rumahnya di Lorong 7, Kampung Nesa, Skudai di sini, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai Saiful Bahri Safar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan, jam 9.41 malam.
"Terdahulu, menurut saksi iaitu adik mangsa, mangsa berusia 47 tahun ada menghubungi ibunya untuk memohon maaf sebelum didapati terjatuh ke dalam perigi.
"Perigi itu berkedalaman 15 meter. Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) membuat selaman sebelum menemukan mangsa jam 10.30 malam," katanya pada kenyataan.
Menurut beliau, mangsa dibawa naik dengan menggunakan tali dan disahkan mati di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mayat diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan