"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki maut ditetak sekumpulan lelaki bertopeng

FMT Reporters

Adik mangsa turut dikejar kumpulan penjenayah itu namun  menyelamatkan diri sebelum membuat laporan polis.

Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 10.15 malam tadi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jasin.

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut ditetak sekumpulan lelaki bertopeng bersenjatakan parang di depan sebuah kedai gunting rambut di Taman Rim Baru, Jasin, malam tadi.

Dalam kejadian 8.39 malam itu, mangsa berusia 24 tahun yang cedera sempat menghubungi adik lelakinya berusia 22 tahun untuk membawanya ke Hospital Jasin, kata Ketua Polis Jasin Ahmad Jamil Radzi.

Adiknya turut dikejar kumpulan penjenayah berkenaan namun berjaya menyelamatkan diri sebelum melaporkan kejadian di IPD Jasin, tambahnya.

“Selepas adik mangsa menghantarnya ke hospital, kereta yang dipandunya dihalang sebuah lagi kereta dinaiki sekumpulan lelaki yang turut membawa sebilah parang yang bertindak memecahkan cermin keretanya.

Ketika lelaki berkenaan cuba melarikan diri, kereta yang dipandunya terlanggar sebuah ambulans, katanya, lapor Bernama.

Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 10.15 malam ketika mendapatkan rawatan.

Susulan itu, tiga lelaki masing-masing berusia 21, 22 dan 31 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ahmad Jamil berkata, usaha mengesan suspek lain yang masih bebas sedang giat dijalankan dan motif atau punca kejadian masih disiasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohamad Ehsan Abu Bakar di talian 016-5209501 atau 06-5292222 (sambungan 206).

Hari ini, tular di media sosial mengenai pergaduhan di luar Unit Kecemasan Hospital Jasin berpunca daripada kes tetak tersebut.

Tiada ulasan: