"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kereta api berhenti kerana lelaki tidur atas landasan

KOSMO!
TANGKAP layar seorang lelaki tidur dengan menggunakan payung di sebuah landasan kereta api. - Foto X/@sachinguptaup
NEW DELHI  – Satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki tidur dengan tenang di atas landasan kereta api dengan menggunakan sekaki payung untuk berlindung daripada panas matahari, lapor portal berita Times Now semalam.

Namun, ketika dia sedang tidur,  sebuah kereta api bergerak ke arahnya.

Bagaimanapun, kereta api tersebut kemudian berhenti dan pemandunya turun untuk mengejutkan lelaki tersebut.

Insiden itu berlaku ketika kereta api berkenaan yang sedang dalam perjalanan dari Prayagraj dalam negeri Uttar Pradesh  menuju ke Pratapgarh, menghampiri persimpangan kereta api Mau Aima. 

Video itu kini menjadi tular di media social.

Selepas lelaki itu bangun dan beredar dari landasan, kereta api itu  meneruskan perjalanannya.

 Netizen turut memuji sikap baik pemandu kereta api itu. – AGENSI

Tiada ulasan: