"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gangguan seksual: Polis sudah ambil keterangan bekas Ahli Parlimen

Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Polis sudah mengambil keterangan bekas Ahli Parlimen yang didakwa terbabit dengan kes gangguan seksual terhadap seorang pemilik restoran di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, lelaki berusia 49 tahun itu diambil keterangan, baru-baru ini.

"Setakat ini, kami sudah mengambil keterangan 13 individu termasuk suspek dan mangsa bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 507A/509 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan polis menyiasat bekas Ahli Parlimen yang terbabit dalam kes gangguan seksual terhadap seorang pemilik restoran di daerah ini.

Difahamkan lelaki terbabit melakukan perbuatan itu terhadap pemilik restoran sebanyak dua kali pada Januari dan Julai lalu sebelum mangsa tampil membuat laporan polis.

Difahamkan kejadian berlaku sekitar Januari lalu di sebuah festival makanan di daerah ini apabila lelaki itu yang juga dikatakan pengerusi sebuah syarikat melakukan gangguan seksual terhadap mangsa.

Malah, suspek pada Julai lalu didakwa mengajak mangsa melakukan perkara tidak senonoh namun ditolak.

Tiada ulasan: