"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saksi hantar gambar payudara secara tidak rela kepada Ebit Lew

Harapandaily

Gambar payudara yang dihantar kepada Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 40, dilakukan secara tidak rela, kata pengadu di Mahkamah Tenom, Sabah hari ini.

Saksi kesembilan kes membabitkan pendakwah tersohor itu memberitahu mahkamah mengenai perkara tersebut dalam sesi pemeriksaan balas oleh peguam, Datuk Ram Singh.

Wanita berkenaan bagaimanapun bersetuju dengan soalan Ram bahawa dengan menghantar gambar payudara kepada individu tidak dikenali dan tidak pernah ditemuinya adalah suatu kesalahan kepada suaminya.

Bahka, pengadu bersetuju bahawa dia bersalah dengan dirinya kerana menunjukkan sesuatu yang peribadi kepada orang yang tidak diketahui.

Justeru, Ram meneruskan soalan pemeriksaan balasnya, adakah maksudnya dengan menghantar gambar tersebut pengadu telah curang kepada suaminya.

“Tidak, sebab saya bukan rela,” katanya, memetik Sinar Harian.

Dia dalam pada itu diminta menjelaskan mengenai komen suaminya selepas pengadu memberitahu bahawa dia telah menghantar gambar sulit tubuhnya kepada Ebit Lew.

“Suami memang marah, masa itu dia tunjuk marah kepada Ebit Lew tapi tidak tahu tunjuk cara bagaimana mahu jumpa Ebit Lew.

“Masa itu dia betul-betul marah,” katanya kepada mahkamah dalam pemeriksaan balas itu.

Ram seterusnya bertanyakan apa nasihat daripada suami pengadu selepas suaminya dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Dia (suami) suruh saya berhenti layan WhatsApp,” katanya.

Bagaimanapun, Ram kemudian bertanya lagi bahawa pengadu sebaliknya tidak berhenti untuk terus berkomunikasi dengan Ebit Lew.

“Ya, sebab saya sekat di telefon, Ebit Lew hubungi saya di Instagram saya.

“Dia mesej di Instagram juga jadi saya nyahsekat dan saya marah minta jangan buat lagi,” katanya.

Pengadu juga diminta menjelaskan tindakannya yang menyekat dan menyahsekat nombor telefon Ebit Lew tetapi tidak berhenti berkomunikasi dengan pendakwah tersebut sama ada itu menunjukkan pengadu suka kepadanya.

“Saya tidak suka dia,” ujarnya dalam sesi tersebut.

Sebanyak 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa dihadapi Ebit Lew mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Kesemua hantaran tersebut melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021.

Perbicaraan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zahida Zakaria dan Analia Kamaruddin.

Ebit Lew diwakili oleh Ram, Kamarudin Mohmad Chinki, Mohd Syarulnizam Salleh Keruak dan Prem Elmer Ganasan manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Sohor dengan kata-kata, “Allah sayang kita semua”, Ebit Lew sebelum ini dikenali menjalani aktiviti-aktiviti sumbangan dan kebajikan berskala besar, antaranya pernah menghantar kira-kira 10 tan bekalan makanan kepada penduduk Sabah.

Tiada ulasan: