"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita warga emas antara didenda RM1,500 kerana menyundal

Alias Abd Rani
bhnews@bh.com.my
Chiew Kim Choi (kiri) dan Chew Poh Meng dibawa keluar selepas didenda RM1,500 kerana menyundal. - Foto NSTP/Alias Abd Rani
Chiew Kim Choi (kiri) dan Chew Poh Meng dibawa keluar selepas didenda RM1,500 kerana menyundal. - Foto NSTP/Alias Abd Rani
MUAR: Dua wanita dengan seorang daripadanya berstatus warga emas didenda RM1,500 seorang selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan terbabit aktiviti persundalan, Khamis lalu.

Tertuduh, Chiew Kim Choi, 54, dan Chew Poh Meng, 60, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Majistret Suzana Mokhtar.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa mencari langganan bagi maksud persundalan di sebuah bilik rumah kedai, Jalan Sinar Bakri, Bakri, di sini, jam 5.15 petang, 22 Ogos lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bersama Majlis Perbandaran Muar (MPM) serta Pejabat Daerah Muar ke rumah kedai terbabit untuk menjalankan pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan mendapati, kedua-dua tertuduh bersama dua lelaki warga asing dipercayai pelanggan berada dalam bilik terbabit.

Dalam pemeriksaan itu juga, polis turut merampas minyak pelincir, kondom yang belum digunakan dan juga tisu basah.

Kedua-dua tertuduh ditahan selain barangan terbabit turut dirampas dan mereka kemudian dibawa ke IPD Muar untuk siasatan lanjut.

Hasil siasatan mendapati, kedua-dua tertuduh mencari langganan terhadap lelaki warga asing terbabit dengan bayaran RM50.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqiilah Ahmad Rofaie manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,500 seorang dan mengarahkan kedua-duanya dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Tiada ulasan: