"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua polis parah tertimbus runtuhan tanah ketika musnahkan bom

Mohamad Fahd Rahmat
bhnews@bh.com.my
Kawasan pembinaan tapak perumahan yang disyaki menjadi lokasi dua anggota Unit Pemusnah Bom Polis Johor tertimbus ketika menjalankan tugas pemusnahan bom di Taman Sri Lambak, Kluang, petang tadi.
Kawasan pembinaan tapak perumahan yang disyaki menjadi lokasi dua anggota Unit Pemusnah Bom Polis Johor tertimbus ketika menjalankan tugas pemusnahan bom di Taman Sri Lambak, Kluang, petang tadi.
KLUANG: Dua anggota polis cedera parah selepas tertimbus ketika menjalankan tugas pemusnahan bom di tapak perumahan Jalan Tabah, Taman Sri Lambak, di sini kira-kira 3 petang tadi.

Susulan kejadian itu, dua anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor itu kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom untuk rawatan kecemasan.

Dua anggota daripada Unit Pemusnah Bom Polis Johor yang terbabit dalam kejadian itu dikenal pasti sebagai Koperal Abd Halim Zainal dan Koperal Muhammad Faruuqi Shamsary.

Kedua-dua mangsa dipercayai cedera parah pada beberapa anggota badan.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, mengesahkan berlaku kejadian tanah runtuh terbabit tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

"Saya belum mempunyai butiran lanjut mengenai tahap kecederaan, tetapi saya boleh mengesahkan anggota polis yang terbabit dalam kejadian itu dikejarkan ke hospital," katanya ketika dihubungi media.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kehadiran ambulans ke kawasan perumahan berkenaan hingga mengundang pertanyaan penduduk setempat.

Tiada ulasan: