"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tokoh agama didakwa dera isteri guna paip PVC

KOSMO!
Tangkap layar menunjukkan Sheryl dipukul oleh suaminya berkali-kali. - Beritasatu,com/Istimewa
JAKARTA  – Seorang tokoh agama yang terkenal di kota Surabaya, wilayah Jawa Timur mengundang perhatian orang ramai kerana didakwa melakukan penderaan dan keganasan terhadap isterinya, lapor portal Beritasatu.com. 

Rakaman yang tersebar luas di media sosial pada Jumaat lalu memaparkan lelaki dikenali sebagai MH itu  memukul di kepala dan menendang perut isterinya, Sherly. 

“Sakit, Pa. Maaf Pa, sakit,” jerit Sherly. 

Bahkan, dia nekad mengambil paip PVC yang diletakkan dalam almari dan terus memukul mangsa. 

Meskipun menjerit kesakitan, Sheryl tetap dipukul tanpa rasa belas kasihan. 

Rakaman itu juga menunjukkan seorang lelaki dan wanita yang dipercayai anak-anak mereka, cuba menghentikan penderaan itu tetapi gagal. 

Kes penderaan ini diketahui ramai selepas peguam Sherly, Cak Sholeh memuat naik video dan kenyataan di platform TikTok. 

“Sherly menjadi mangsa keganasan rumah tangga selama bertahun-tahun dan pelaku adalah suaminya sendiri yang merupakan pengacara dan tokoh agama,” katanya.

Tambah Cak, siasatan sedang dijalankan. – AGENSI

Tiada ulasan: