"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nasib Dun Linggi di bawah Isa / UBN Najib Altantuya

Dzulfikar Mashoor
TELOK KEMANG, 4 Okt: PAS meminta rakyat N31 melihat sendiri nasib Dun Linggi yang diwakili Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sejak tahun 1978 lalu, sebelum membuang undi Ahad depan.

Naib Presidennya Salehuddin Ayub pagi tadi mendedahkan projek perhentian bus terbengkalai sejak 10 tahun lalu, yang menjadi simbol kritikan setempat kepada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

"Di tangan saya ini, adalah (gambar) projek terbengkalai sejak 10 tahun lalu, dibina waktu dia (Isa) jadi Adun Linggi. Ketika Isa jadi Menteri Besar pun, ianya tidak juga selesai," katanya.

"22 tahun jadi MB, hanya tapak bas terbengkalai sahaja yang ada (wujud). Ia adalah rahsia umum (dan) tanda tanya seluruh penduduk Linggi, yang pengundi Bagan Pinang perlu tahu."

Beliau juga meminta rakyat tempatan memberi nilai KPI (aras pencapaian utama) kepada Isa, disebabkan gagal menyelesaikan masalah naik taraf jalan utama Pasir Panjang ke Linggi sejak 10 tahun lalu.

ImageBeliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Umno tidak perlu menggambarkan Isa sebagai pemimpin yang berjasa kepada rakyat.

Ini kerana, orang ramai rata-ratanya tahu Isa merupakan pemimpin Umno yang mengamalkan kronisme, dengan menggunakan kedudukan istimewa sebagai Menteri Besar dan Adun Linggi sebelum ini.

Beliau juga mendedahkan beberapa maklumat risikan � segelintir penyokong tegar Isa sudah mula berkempen secara senyap bahawa jika Umno menjadi Adun kelak, Isa mungkin akan dipertimbang untuk dilantik menjadi Menteri Besar semula.

Ditanya tentang isu pergelutan yang dikatakan berlaku pada hari penamaan calon semalam, Salehuddin menegaskan ianya angkara Ketua Putera Umno Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahman.

"Azeez datang kepada saya mengatakan dia dipukul oleh lapan orang Pemuda PAS dalam wajah yang senyum, tiada kesan pukul, bajunya puteh bersih," jelas Salehuddin merujuk pada pertemuaannya di perkarangan dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

"Inilah kerja provokasi jahat Azeez. Sepatutnya pemimpin muda perlu membawa isu yang lebih integriti, bukannya berbohong sana-sini," tegasnya lagi.

ImageBercakap pada sidang media yang sama, Pengarah Operasi PAS untuk pilihan raya ini, Dr. Dzulkifli Ahmad menyifatkan strategik kempen Umno sebagai cara berpolitik lama dan tidak jujur.

"Kita (rakyat) sebenarnya sudah muak mendengar janji politik bahawa Umno akan menaburkan projek, jika anak tempatan itu (Isa) menang. Apa penjelasan mereka (Umno) tentang projek terbengkalai (di) Linggi itu," soal Dzulkifli.

"22 tahun jadi Menteri Besar, (perhentian bas) ini pun tidak boleh selesai. Jika isu sekecil ini pun tidak dapat diselesaikan, tidak perlulah dimainkan isu-isu anak tempatan kerana Linggi juga rakyat tempat.

"Ini (projek terbengkalai) menggambarkan Umno sudah ketinggalan 20 tahun."

Dzulkifli berjanji membuat satu pendedahan setiap hari, sehingga hari akhir berkempen.

Sambil menunjuk peta perparitan Port Dickson, Salehuddin dan Dzulkifli dijangka mendedahkan beberapa skandal rasuah dan penyelewengan Umno di Port Dickson pada jam 11 pagi esok.

Dalam ulasan berkaitan, Zulkifli menjelaskan bahawa rakyat negeri telahpun melakukan perubahan dengan memberi 15 kerusi dari 19 kerusi Adun kepada Pakatan Rakyat.

Jika Zulkefly (calon) menang di Bagan Pinang, bermakna Pakatan bukan sahaja kian kukuh di Negeri Sembilan, malah menjadi sumbu sumbu perubahan bersama di Malaysia-Selatan.

Sebelum berkecimpung dalam PAS, Zulkefli dikenali khalayak dalam aktiviti kemasyarakatan; melalui Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), No Incenarator di Borga dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain.

Image Turut menyertai Salehuddin dan Zulkifli, Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat (JPPP) Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Ahli Parlimen Pengkalan Chepa).

Semalam, akhbar Sinar Harian melaporkan Azeez mendakwa dirinya dipukul lapan pemuda yang dipercayaai penyokong PAS.

Jun 2005, Isa telah digantung oleh Lembaga Disiplin Umno kerana sah mengamalkan rasuah dalam Pemilihan Agong Umno (PAU) 2004.

Pergantungan itu, sekali gus mendesak Isa melepaskan jawatan Menteri Wilayah Persekutuan pada Oktober 2005.

Pergantungan itu juga dikatakan khalayak tempatan, mengurangkan cabaran kepada Menteri Besar selepas Isa; iaitu Datuk Seri Utama Mohamad Hassan.

Hari pertama berkempen ini menyaksikan bahawa PAS cuba meletakkan calonnya lebih integriti dan bersih, manakala Umno dan Isa pula sedaya upaya berselindung di sebalik sentimen anak tempatan untuk meraih sokongan; sebelum terus ke pejabat Menteri Besar kelak

Tiada ulasan: