"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Umno jadikan isu Selcat perkauman, kata Husam

Muhammad Yusri Amin
KOTA BHARU, 4 Okt: Umno dan media mereka didakwa telah menjadikan isu Selcat sebagai isu perkauman bertujuan untuk mengapi-apikan semangat orang Melayu agar kembali kepada mereka, kata AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa.

Husam berkata, Selcat (Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor) yang ditubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor kerana wujudnya aktiviti sebelum ini yang disyaki tidak mengikut peraturan kewangan.

"Dan kerana itu Kerajaan Selangor mengambil inisiatif supaya perkara tersebut tidak berulang dan pada masa yanga sama mendedahkan salah laku yang berlaku secara berleluasa sebelum ini (sebelum pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor).

"Ini adalah dengan harapan bahawa perkara itu menjadi perhatian rakyat sebagai pengundi untuk sama-sama menjunjung sebuah kerajaan yang bersih.

"Namun media telah menjadikan isu (Selcat) itu sebagai isu perkauman, kononnya para pegawi tadbir dari kalangan berbangsa Melayu cuba ditekan," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan.

Beliau berkata, setakat pemerhatiannya terhadap proceedings Celcat, bahawa matlamat utama Selcat ialah untuk mendedahkan penyelewengan tersebut, dan bukan mendera mana-mana pegawai.

"Jadi saya berharap media utama negara tidak memutar belitkan niat baik kerajaan Selangor untuk menjunjung sebuah kerajaan yang bersih dan mempunyai peraturan kewangan yang dihormati, dan media jangan menjadikannya sebagai isu perkauman.

"Kalau kita lihat inisiatif Selcat di Selangor, membuktikan Kerajaan Pakatan saja yang benar-benar serius mendukung sebuah kerajaan yang bersih dan para pemimpin yang juga bersih.

"Dan dalam kes Barisan Nasional (BN), mereka bukan saja cuba melindungi perbuatan ini sekian lama di mana baru saja didedahkan sedikit saja, tetapi mereka juga menonjolkan pemimpin-pemimpin yang dianggap sudah bersalah dari amalan rasuah dan politik wang.

"Jadi amat mustahil bagi BN untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang bersih kerana pemimpin mereka sendiri pun sudah secara publicdianggap terlibat dalam aliran politik wang dan rasuah," katanya.

Mengulas isu yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Pasir Hanifa Ahmad berkata, peranan dan perjalanan Selcat di Selangor menunjukkan Kerajaan Pakatan Rakyataccountable, maknanya kebertanggungjawaban kepada rakyat selain bertanggungjawab khusus kepada Allah swt.

"Kita bertanggungjawab kepada Allah swt, tetapi di samping itu kita juga bertanggungjawab kepada rakyat, accountablity.

"Selcat ini adalah satu jawatankuasa yang mengkaji kedudukan sama ada betul atau tidak (dalam sesuatu) .

"Cuma yang dibangkit oleh akhbar-akhbar dan oleh pimpinan Umno khususnya (ialah) nak melaga-lagakan PAS dengan DAP dan Pakatan Rakyat.

"Sebenarnaya sebagaimana yang dibangkit oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali itu adalah kaedah saja.

"Selcat itu dipersetujui dari segi umumnya, (namun) kaedah penyiasatan itu, mestilah berhemah.

"Dan apabila menyiasat pegawai-pegawai kerajaan mestilah secara tertutup dan sebagainya, tidak disoal secara terbuka seperti mahkamah," katanya.

Selcat ditubuhkan oleh Dun Selangor selepas Pilihan Raya Umum Mac 2008 bagi memantau selia serta membuat pemeriksaan keupayaan, kebertanggungjawab dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Tiada ulasan: