"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zulkefly calon bersih anak jati Negeri Sembilan / UBN Najib Altantuya

Dzulfikar Mashoor
TELOK KEMANG, 4 Okt: Pakatan Rakyat yakin pengundi N31 tidak sewenang-wenangnya memilih calon Adun Bagan Pinang berdasarkan kriteria anak tempatan semata-mata, sebaliknya, kelayakan calon mestilah terdiri oleh seorang yang berakhlak mulia serta tidak mengamalkan rasuah.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, calon Pakatan Rakyat Zulkefly Mohamad Omar tidak mustahil memenangi hati anak tempatan, seperti yang berlaku dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir lalu.

"Ustaz (Mohd) Salleh Man bukanlah anak tempatan Permatang Pasir. tetapi boleh menang kerana pengundi sendiri menolak Rohaizat (Othman) yang tidak bersih."

Katanya, Salleh nyata tidak dikenali penduduk tempatan, berbanding Rohaizat Othman yang kebetulan anak jati tempatan.

Tapi, apalah gunanya seseorang calon itu dikenali sebagai pecah amanah, terlibat dalam salah guna kuasa dan mempunyai beberapa masalah peribadi yang begitu meruncing.

Jelasnya lagi, 22 tahun Isa menjadi Menteri Besar jika berjasa kepada rakyat sekalipun, itu adalah tanggungjawab pemerintah.

Pun begitu, khalayak lebih tahu sejauh mana kepemimpinan serta kemampuan Isa sebelum ini.

Image"Beberapa isu seperti perparitan yang tidak berfungsi, projek mee segera yang banyak terbengkalai, isu pembiakan lalat terutama waktu musim hujan, sampah sarap tidak diurus dengan baik, semuanya masalah rakyat yang tidak diselesaikan Isa."

Tambahnya lagi, Isa juga perlu menjawab beberapa tanda tanya rakyat � mengapa PD Marina dibina atas 20 ekar tanah rizab rakyat Melayu.

Beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena menjelaskan, jika Zulkefly menang dalam pilihanraya kecil N31; bermakna ia mempercepat kemenangan Pakatan di Negeri Sembilan dan Selatan Malaysia.

"Umno tidak boleh sombong mendabik dada mengatakan Zulkefly tidak boleh buat apa-apa jika menang kerana negeri di bawah Umno.

"Beza kerusi tidak banyak. Mereka (BN) 19 dan kita (Pakatan) 15. Kalau Zulkefly memang, mendekatkan kita pada membentuk kerajaan jika ada beberapa adun BN yang bersih sedia bersama kita.

"Jika Zulkefly menang, Umno akan lebih berkhidmat untuk (rakyat) Bagan Pinang dan negeri kerana tidak mahu lagi Dun yang lain pula jatuh ke tangan Pakatan," katanya.

Sebelum menjadi calon, Zulkefly telah berkhidmat dalam beberapa sektor swasta profesional; termasuk mempengerusikan gerakan 'No Incinerator' di Broga.

Kelulusan peringkat Sarjana (Master) dalam Sains serta pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi melengkapkan lagi kepemimpinan pengurusan beliau.

Kelmarin, Zulkefly menjelaskan bahawa beliau anak jati Negeri Sembilan. Isa pula dikenali sebagai anak jati Telok Kemang.

Pengumuman SPR pagi tadi, mengesahkan Zulkefly bakal ditentang oleh Isa.

Pilihanraya kecil N11 menyaksikan Umno sedaya upaya meraih sokongan pengundi dengan memainkan sentimen anak tempatan, sedangkan PAS serta Pakatan Rakyat pula yakin pengundi akan terus memilih calon yang berakhlak, bersih serta amanah seperti beberapa pilihanraya kecil sebelum ini.

Tiada ulasan: