"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas sarjan akui undi bagi pihak tentera / UBN Najib Altantuya

Seorang bekas sarjan hari ini mengakui pernah terlibat memangkah BN bagi pihak anggota-anggota tentera dalam dua pilihan raya umum semasa bawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Abu Kassim, yang bertugas sebagai "sarjan gaji", berkata beliau dan beberapa kakitangan tentera dalam bahagian pentadbiran, seperti ketua kerani, mendapat arahan bagi memanipulasikan undi pos daripada pegawai pentadbir kem.

Abu, sudah kira-kira 10 tahun menyertai PAS, bagaimanapun tidak ingat tarikh tepat dan tempat peristiwa itu dengan alasan ia "sudah lama" berlaku.

"Saya tidak ingat. Lama sudah. Tetapi dalam pilihan raya besar (umum), zaman Dr Mahathir dulu," katanya kepada
Malaysiakini pagi ini.

Anak kelahiran Kuala Pilah itu menganggotai tentera darat selama 23 tahun daripada 1969 sehingga 1989. Beliau paling lama berkhidmat di Markas Stesen Staf Port Dickson.

Abu kini seorang ahli jawatankuasa undi pos Pemuda PAS yang diketuai oleh ketua penerangan dewan itu Suhaizan Kaiat.
-malaysiakini.com-

Tiada ulasan: