"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pakai baju PAS, tak bermakna penyokong PAS / UBN Najib Altantuya

Rizal Tahir
KOTA BHARU, 5 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta mana-mana pihak tidak membuat tuduhan melulu berhubung insiden pukul memukul membabitkan dua orang pemimpin Umno pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang kelmarin.
Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yacob dan Ahli MT Umno diserang sekumpulan lelaki ketika berjalan ke pusat penamaan calon kelmarin.

Dalam kejadian kira kira jam 9 pagi itu kedua pemimpin itu yang melalui kawasan pembangkang dikatakan diserang oleh penyokong yang memakai baju PAS

Ujarnya, pakaian yang berlambangkan parti PAS yang dipakai penyerang kedua pemimpin Umno itu belum tentu membuktikan mereka dari PAS.

Baju tersebut katanya boleh dibeli dimana-mana, dan tidak mustahil ianya satu perancangan untuk memburukkan PAS.

"Sedangkan baju pasukan beruniform mudah didapati di kedai, inikan pula baju lambang PAS,"ujarnya.

Tuan Guru yang enggann mengulas lebih lanjut berhubung perkara itu mendakwa, beliau hanya diberitahu berhubung perkara itu hanya melalui telefon.

Sambungnya, setakat maklumat melalui telefon beliau tidak dapat mengulas perkara itu lebih lanjut, siapa yang mulakan terlebih dahulu.

"Tetapi jika alasan kerana memakai baju PAS saya tak boleh terima alasan tu, macam yang saya kata tadi lah,"ujarnya.

Beliau bagaimanapun berharap kedua dua parti yang bertanding harus menggunakan medan kempen mereka secara baik dan tulus.

Tegasnya, jangan sekali kali terbitkan suasana tegang sedemikian kerana ianya akan memburukkan imej Islam itu sendiri.

Tiada ulasan: