"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Sudah Lama Musa "Seludup" Wang Sabah- Jeffrey

Penyeludupan wang haram RM16 juta membabitkan konco Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, bukan sesuatu yang baru. Rakyat Sabah telah lama menjadi pemerhati kepada rentetan penyelewengan kekayaan sumber bumi Sabah.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Dr Jeffrey Gapari Kitingan, berkata terlalu banyak wang ringgit milik rakyat Sabah disedut keluar ke kocek Musa Aman dan kroni, Michael Chia Tien Foh, yang mendalangi pembalakan haram di negeri itu.

" Kalau kita tanya siapa Musa Aman di Sabah ini, siapa sahaja, saya ingat 99 peratus mengatakan dia memang terlibat dengan rasuah. Dan dalam ahli-ahli UMNO sendiri telah menimbulkan rungutan dia sahaja yang menyapu semua. Sebab itu dikenali sebagai "vacum cleaner" ujarnya.

Chia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos tahun lalu oleh polis Hong Kong kerana menyeludup wang RM16 juta ringgit hasil pembalakan haram.

Chia ketika disoalsiasat berkata wang tersebut adalah milik Ketua Menteri Musa Aman dan perlu diseludup ke Malaysia untuk memperkasa kempen UMNO-BN dalam PRK Permatang Pauh.

Jeffrey berpendapat penyeludupan wang haram dari akaun-akaun selamat di Hong Kong ke negara ini mungkin bukan kali permata berlaku. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya konco Musa Aman ditangkap.

" Ini mungkin kes pertama yang dapat kita kesan tetapi kita tidak tahu sama ada ini sebenarnya telah berlaku sebelumnya tetapi kita tidak mengetahuinya. Kami juga percaya kes penukaran penggunaan kes hutan simpan juga satu isu pengubahan wang haram tetapi ia dalam bentuk penukaran penggunaan tanah. Dalam erti kata lain, kawasan tanah kayu balak ditukar kepada kawasan pertanian dan dibalak, maka ia sama juga dengan pengubahan wang haram. Apa yang kita panggil pengubahan wang haram secara tidak langsung" katanya.

Jeffrey telah memfailkan pelbagai laporan polis menggesa siasatan dibuat ke atas kes penyelewengan sumber rakyat Sabah. Terbaru, satu laporan polis terhadap Musa Aman difailkan di Balai Polis Penampang berhubung kes pemalsuan geran dan pemberian konsesi secara tidak sah membabitkan Chia.

" Kami di Sabah juga telah membuat laporan terhadap Ketua Menteri Sabah mengenai isu-isu yang lain berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa di Sabah yang ada hubung kait dengan orang yang sama juga iaitu Michael Chia".

"Sebab itu kami telah membuat beberapa laporan polis mengenai isu pembalakan dan persekitaran, berkenaan alam sekitar di konsesi Yayasan Sabah di mana konsesi Sabah yang diberikan kepada Penta Wawasan yang sepatutnya ditanam semula kayu tetapi ditukar penggunaannya kepada kelapa sawit".

Beliau berkata rakyat Sabah tidak terlalu mengharap kepantasan dan kecekapan pihak berkuasa, kerana sehingga ke hari ini, pelbagai kes membabitkan pemerintah tidak disiasat, termasuk kes penyeludupan RM16 ini.

" Memang terkejutlah dan mereka mengharapkan memang ada penyiasatan dan ada penyelesaian tetapi sehingga ke hari ini belum lagi ada apa-apa dan rakyat Sabah memang mengharapkan dengan laporan yang dibuat ICAC di Hong Kong ini, tindakan yang diharapkan itu dapat diambil". Minggu lalu, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin ke Badan Pencegah Rasuah Hong Kong (ICAC) bagi melaporkan perkara terbabit.

-tvantara.com-

Tiada ulasan: