"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pakatan Rakyat Akan Gegarkan Isu Royalti Minyak Di Sidang Parlimen / UBN Najib Altantuya

Mohd Zuharman

Isu tuntutan royalti minyak Kelantan dan kenaikan insuran kenderaan akan menjadi dua usul utama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat terdiri dari PAS, PKR dan DAP dalam sidang Dewan Parlimen yang akan berlangsung pada 19 Oktober nanti.Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, berharap setiap soalan berhubung perkara tersebut akan mendapat jawapan yang konkrit dari pihak kerajaan agar rakyat berpuas hati dan tidak celaru terhadap perkara yang berbangkit.

Dua perkara tersebut wajar diperjelaskan kepada rakyat, kalau sebaliknya akan menyebabkan integriti kerajaan di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN) dilihat sebagai tidak menepati aspirasi rakyat terutama dalam perkara insuran yang amat membebankan rakyat.

Husam memberitahu sebanyak 30 hingga 40 soalan berhubung perkara berkaitan sudah disediakan yang akan dikemukakan di dalam sidang tersebut nanti.

Sementara itu Salahuddin memaklumkan kesan kenaikan kadar premium insuran kenderaan yang mendadak dan melampau membuatkan rakyat berpendapatan sederhana dan rendah yang memakai kereta lama paling rasa tertekan.

Justeru kepentingan itu sudahpun dipersetujui dalam mesyuarat bersama ahli parlimen dan wakil rakyat pakatan yang diadakan baru-baru ini untuk menjadikan perkara tersebut sebagai agenda utama dalam hujah dan bahas pada sesi persidangan nanti.

Semasa mempertikaikan kenaikan kadar premium yang melampau itu Salahuddin menyifatkan tindakan kerajaan seolah-olah tidak mempedulikan kesusahan rakyat yang mana hampir 70 peratus kereta-kereta lama adalah dimiliki oleh golongan marhain.

“Kalau begini, ini bukan konsep satu Malaysia rakyat didahulukan. Tapi konsep tidak berhati perut, menindas rakyat, lebih-lebih lagi dalam cengkaman inflasi yang begitu tinggi” katanya.

Beliau berkata demikian kepada The Malaysian Insider selepas mendengar rintihan kekecewaan pemandu-pemandu teksi Kubang Kerian di pejabatnya ekoran tindakan kerajaan terhadap perkara tersebut dan memintanya supaya perkara ini disampaikan kepada kerajaan pusat.

Bagi melancarkan hujah, selain daripada memunasabahkan sebarangan cadangan beberapa pakar kewangan telah diundang bagi membantu membuat pengiraan dengan lebih konsisten behubung perkara tersebut.

Kenaikan kadar premium insuran kenderaan bermula sejak beberapa bulan lalu. Angka kenaikan yang hampir mencecah 200 peratus itu dianggap melampau dan membebankan rakyat.

Namun keluhan rakyat diserata ceruk hanya dibuat pekak badak oleh pihak berkenaan. Jadi, di mana konsep 1 Malaysia rakyat didahulukan kalau satu dua perkara hanya rakyat sahaja asyik terkena?

-MalaysiaInsider-

Tiada ulasan: