"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dedahkan manipulasi undi pos / UBN Najib Altantuya

Penarik Beca

Dalam pilihan raya 1999, Datuk Seri Najib Tun Razak menang dengan majoriti hanya 241 undi sahaja. Itu pun selepas dibawa masuk tambahan 2,400 undi - iaitu undi pos yang entah dari mana datangnya.Kalau tak kerana 2,400 undi pos itu, Najib mungkin berjalan tak pakai kasut dan bercakap serta bersyarah sorang-sorang di sekitar Pekan dan Kuantan.

Dalam persempadanan semula 2003, Kem Batu 10, Kuantan telah dimasukkan ke dalam kawasan Parlimen Pekan. Akhirnya, dalam pilihan raya 2004, setelah dihalia-haliakan kawasan Parlimen Pekan (maksudnya peta kawasan Parlimen sesetengahnya mengalahkan rupa halia yang membonjol sana-sini dikerjakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya - SPR), Najib menang dengan majoriti majoriti 22,922 undi. Wow!

Untung sungguh Najib kerana lebih 10,000 undi sudah dianggap pasti akan memberi kemenangan kepada beliau dari Kem Tentera Batu 10 itu.

Harap betulkan skrin anda jika masih tak nampak apa kelebihan undi pos kepada Barisan Nasional (BN).

Di Bagan Pinang, berdasarkan daftar pemilih setakat 4 September lalu, daripada sejumlah 13,664 orang yang layak mengundi, seramai 4,604 merupakan pengundi pos.

Mereka adalah dari Pusasda Kem Si Rusa, 2 KAD Kem Sunggala, IJED Kem Kg Sawah, IPDA Port Dickson, 1 Kompeni KPD Kem Si Rusa, 1 WKSP Bgd Kem Sg Sawah, Sekolah Pertukangan Perintis dan Institut Latihan dan Kefahaman Islam Angkatan Tentera Malaysia (ILMI) Port Dickson.

Mengapa undi pos menjadi masalah?

Sila baca berita Harakah 3/3/08 bertajuk "
Undi pos cuma relevan ketika darurat", berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Bekas sarjan akui palsukan undi pos" dan berita Harakah hari ini bertajuk "Undi pos diguna menangkan BN sejak PRU Pertama 1959".

Nak lagi cerita fasal undi pos? Di Kuala Lumpur, BN tertungging hangit di semua kerusi yang ditandinginya kecuali di Setiawangsa. Kenapa, 26 peratus pengundi di situ adalah pengundi pos. Bukan sahaja wujud begitu banyak undi pos di situ, malah wujud pula perkara-perkara
mencurigakan.

Tiada ulasan: