"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bedilan Aktor Porno Terhadap PAS dan UMNO

ruhan
Apakah yang dapat ditafsirkan daripada kenyataan pelakon video porno yang diangkat menjadi Presiden MCA kerana tiada pilihan itu? Dia menghentam UMNO dan PAS yang didakwa menggunakan agama untuk mencari sokongan orang Melayu.

Yang pasti, dia tidak mempunyai pengetahuan yang cukup untuk bercakap tentang Islam. Walaupun berada begitu lama dalam penguasaan UMNO, semua ahli dan pemimpin MCA tidak diajak oleh parti itu untuk mengenali Islam. Hal ini berbeza dengan hubungan PAS-DAP. PAS mengajak DAP mengenali Islam. Oleh sebab itu, ada pemimpin DAP yang lebih memahami Islam berbanding dengan para pemimpin MCA. Anehnya, MCA menyokong pernyataan UMNO bahawa Malaysia ialah sebuah negara Islam. Mungkinkah kerana mereka terpaksa? Banyak jawapan yang boleh diberikan kepada soalan ini. Walau bagaimanapun, bukan tujuan esei ini untuk menjelaskannya.

Apakah yang tidak difahami oleh Chua? Dia tidak faham prinsip perjuangan PAS. PAS menggunakan Islam sebagai asas perjuangan. Melalui prinsip ini, PAS berusaha mendapatkan sokongan umat Islam di Malaysia. Harus diingat bahawa umat Islam di Malaysia bukan terdiri daripada orang Melayu sahaja. Oleh sebab itu, PAS berbeza dengan UMNO. UMNO tidak berhak mendakwa mereka memperjuangkan Islam kerana mereka berpegang kepada sekularisme dan nasionalisme yang sudah usang. Jika demikian, mengapa Chua menyerang PAS dan menganggap UMNO menggunakan agama untuk mencari pengaruh? Dakwaan ini tidak masuk akal langsung.

Jika Chua tidak berpuas hati dengan UMNO, serang UMNO sahajalah. Janganlah babitkan PAS dalam kemarahan itu. Apabila dia serang PAS, tentu ada muslihatnya. Hal ini ada kena-mengena dengan hubungan PAS-DAP. Hubungan itu menyebabkan orang Cina menyokong PAS dan DAP. MCA kehilangan pengaruh dalam kalangan orang Cina. Fahamlah kita bahawa Chua hendak memburuk-burukkan imej PAS dan UMNO sekali gus. Kalau begitu, cabutlah MCA daripada BN. Habis cerita. Tentu ada sebab dia tidak berbuat demikian.

MCA tidak boleh berdiri tanpa UMNO walaupun UMNO telah menganiaya mereka berkali-kali. Mereka hanya mampu bersungut semasa kehilangan banyak kerusi. Mereka membuat tuntutan berlebihan apabila memperoleh banyak kerusi. Inilah sikap bacul dan mementingkan diri sendiri dalam kalangan pemimpin MCA. Rakyat sudah melihat sikap UMNO dalam kedua-dua keadaan itu. UMNO menikus apabila MCA kuat. UMNO jadi harimau kertas apabila MCA lemah.

Chua takut kepada PAS. Dia juga iri hati kepada persahabatan PAS-DAP. Hubungan erat kedua-dua parti ini akan memusnahkan masa depan MCA kerana prinsip dan pendekatan yang digunakan amat berbeza. UMNO tidak menggunakan prinsip keadilan Islam dalam hubungannya dengan MCA. Ketulenan persahabatan Islam yang diterapkan PAS dalam Pakatan Rakyat menggugat setiakawan sekular UMNO dengan parti-parti gabungan dalam BN. MCA tahu PAS tidak akan menganiaya sahabatnya sekalipun mereka terdiri daripada orang bukan Islam.

Kebimbangan-kebimbangan itu mendorong MCA bukan sahaja mencemburui PAS malahan juga cuba meretakkan hubungan PAS-DAP dan menjauhkan orang Cina daripada PAS. Keadilan Islam akan menggagalkan usaha MCA itu. Keceluparan MCA terhadap UMNO akan merenggangkan dan menumbuhkan bibit-bibit perpecahan yang lebih besar dalam BN. UMNO akan mengajar aktor porno ini. Kita lihatlah nanti.

http://bilahrotan.blogspot.com

Tiada ulasan: