"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tak puas hati PH menang, ‘mak cik Pas’ dedah keluarga besan di Johor berjudi, tak solat

HarapanDaily.com
Tak puas hati PH menang, ‘mak cik Pas’ dedah keluarga besan di Johor berjudi, tak solat
Seorang penyokong tegar Pas tular di media sosial apabila mendedahkan aib keluarga besannya di Johor gara-gara kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram semalm

Wanita berkenaan yang juga digelar ‘mak cik Pas’ itu dalam kumpulan WhatsApp ‘Team Afnan Hamimi P00/1’ mendakwa ada antara keluarganya dari Johor dan besan di Johor yang masih bermain judi.

Bahkan, dedahnya lagi, keseluruhan keluarga besannya di Johor tidak mengerjakan sembahyang.

“Tinggal anak perempuan saya je yang solat. Yang lain tu ke ‘laut’ (tidak solat). Maaflah terpaksa buka pekung di dada. Nak bagitau sikap dan perangai Melayu Johor,” katanya menerusi tangkap layar yang tersebar luas.

Susulan itu, orang ramai menyifatkan dakwaan ‘mak cik Pas’ berkenaan mengggambarkan betapa teruknya sikap taasub dalam kalangan penyokong Perikatan Nasional (PN).

Rata-ratanya berpendapat Pas tanpa kepimpinan Almarhum Tan Sri Nik Aziz Nik Mat sejak 2015 itu semakin ‘sesat’.

Parti yang diterajui Tan Sri Abdul Hadi Awang itu malah dilihat menyemai sentimen politik fitnah dan kebencian dalam kalangan penyokong tegar mereka.

“Kenapa sampai nak politikkan amal dan ibadat orang? Kenapa nak menunjukkan yang mereka tu pemegang kad ahli syurga?

“Inilah bahaya taasub dan ghuluw. Dusuki buat salah pun dianggap mempertahankan agama.

“Macam ni ke akhlak orang Islam? Betullah Pas ni perosak agama. Yang sokong pun jahil-jahil.

“Mengapa sampai nak aibkan keluarga mentua pula? Memang otak tak ada ke?” demikan antara kecaman orang ramai di media sosial.

Sebelum ini, wujud desakan supaya kerajaan Malaysia Madani diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim segera melaksanakan penyebaran idea atau naratif Islam yang berteraskan Rahmatan Lil Alamin (RLA).

Naib Presiden AMANAH merangkap Pengerusi Nadwah Ulamak (NUNJI), Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, naratif Islam dalam konteks dasar pentadbiran negara perlu dilakukan bagi menangani radikalisme politik Islam.

“Semua program Madani perlu dipertanggungjawabkan kepada satu agensi yang perlu bergerak merentas agensi.

“Terpulang kepada PMX untuk secara serius menginstitusikan Malaysia Madani dan menggerakkannya ke akar umbi.

“Pengalaman RLA walaupun hanya 22 bulan tetapi tapak dan asas telah pun dilancarkan, PMX hanya perlu menyambung, memperbaiki dan menetapkan keutamaan naratif Islam Madani selain ekonomi dan sara hidup.

“Kita tidak punya masa yang mewah!” kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu lagi.

Tiada ulasan: