"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gempar!!? 'Ini mayat makhluk bukan manusia, tiada kaitan spesies dunia kita'

BharianOnline
‘Mayat makhluk’ yang ditampilkan pada sesi pendengaran luar biasa Kongres MEXICO. - Foto Handout / Kongres Mexico / AFP
‘Mayat makhluk’ yang ditampilkan pada sesi pendengaran luar biasa Kongres MEXICO. - Foto Handout / Kongres Mexico / AFP
MEXICO CITY: Dua penemuan didakwa 'mayat makhluk bukan manusia' ditampilkan pada sesi pendengaran luar biasa Kongres MEXICO yang julung kali menyentuh isu hidupan asing dari angkasa lepas, dengan Ahli Parlimen dimaklumkan bahawa 'penghuni bumi tidak bersendirian' di alam semesta ini.

Pada sesi pendengaran mengenai Fenomena Anomali Tidak Dikenali (UAP), Selasa lalu, 'mayat' itu diketengahkan wartawan sekian lama memberi tumpuan kepada perihal UFO, Jaime Maussan yang mendakwa ia adalah makhluk asing dari luar angkasa.

Dua 'mayat' kecil yang dipamerkan dalam kotak itu dilihat mempunyai tiga jari pada setiap tangan dan kepala lonjong.
‘Mayat makhluk’ yang ditampilkan pada sesi pendengaran luar biasa Kongres MEXICO. - Foto Handout / Kongres Mexico / AFP
‘Mayat makhluk’ yang ditampilkan pada sesi pendengaran luar biasa Kongres MEXICO. - Foto Handout / Kongres Mexico / AFP
Ahli Kongres Mexico melihat ‘mayat makhluk’ yang ditampilkan. - Foto Handout / Kongres Mexico / AFP
Ahli Kongres Mexico melihat ‘mayat makhluk’ yang ditampilkan. - Foto Handout / Kongres Mexico / AFP
"Spesimen berkenaan tiada kaitan dengan sebarang hidupan di bumi," dakwa Maussan yang memberitahu ia ditemui berhampiran kawasan purba Nazca Lines di Peru pada 2017.

Katanya, 'mayat' terbabit berusia kira-kira 1,000 tahun berdasarkan hasil analisis oleh Universiti Autonomi Kebangsaan (UNAM) di Mexico.

Beliau berkata, ia adalah kali pertama bukti seumpama itu dikemukakan.

"Saya berpandangan bahawa ia jelas adalah spesimen bukan manusia dan tidak berkait dengan sebarang spesies lain di dunia kita. Semua kemungkinan adalah terbuka untuk siasatan oleh mana-mana institusi saintifik. Kita tidak bersendirian," katanya.

Sementara itu Pengarah Institut Saintifik untuk Kesihatan, Tentera Laut Mexico, Jose de Jesus Zalce Benitez, berkata pemeriksaan sinar-X, konstruksi semula secara tiga dimensi (3D) dan analisis asid deoksiribonukleik (DNA) telah dilakukan ke atas hasil penemuan terbabit.

"Saya boleh mengesahkan bahawa mayat-mayat ini tidak mempunyai kaitan dengan manusia," katanya.

UNAM hari ini menerbitkan semula kenyataan yang kali pertama dikeluarkan pada 2017, dengan memaklumkan bahawa kerja dilaksanakan National Laboratory of Mass Spectrometry with Accelerators (LEMA) itu hanya bertujuan menentukan usia sampel terbabit.

"Kami tidak membuat kesimpulan mengenai asal usul sampel berkenaan," menurut kenyataan itu. - REUTERS

Tiada ulasan: